Xhaka Direhatkan

Unai Emery mengesahkan bahawa, Granit Xhaka tidak akan terlibat dalam aksi menentang Wolves.

Kapten pasukan Arsenal itu terlibat dengan ‘perang’ dengan penyokong Arsenal selepas insiden beliau dikeluarkan dalam aksi EPL menentang Crystal Palace.

Xhaka dikecam teruk kerana kelakuan beliau yang menanggalkan jersi terus masuk ke terowong dan mengeluarkan kata-kata kesat kepada penyokong Arsenal selepas diboo.

Kelmarin, Xhaka tampil meminta maaf dan menerangkan sebab beliau terlalu agresif memberikan respon. Xhaka mendedahkan, beberapa ugutan bunuh dan kutukan ke atas anaknya membuatkan beliau sudah tak tahan lagi dan meletus.

Unai Emery dalam sidang media sempena aksi menentang Wolves mengesahkan bahawa pemain itu tak akan dipilih untuk bermain dalam aksi tersebut.

Emery mahu merehatkan Granit Xhaka seketika bagi memberikan pemain itu serta kelab ruang untuk kembali pulih seperti biasa.

“Kami perlu pulihkan keadaaan kepada biasa untuk kami dan beliau.”

“Beliau sudah meminta maaf kepada kami dan kepada penyokong. Jadi kini adalah masa kita untuk fokus kepada perlawanan.”

Ditanya sama ada Granit Xhaka masih kekal kapten Arsenal, Unai Emery berkata: “Saya tidak memikirkan soal itu pada ketika ini. Apa yang pasti beliau tidak akan bermain esok [hari ini menentang Wolves].”

Ian Wright antara mereka yang lantang mengecam tindakan Xhaka sebagai tidak layak untuk seorang kapten Arsenal.

“Buat masa ini, kita harus fokus 100% kepada perlawanan. Kita akan berlatih dan buat masa ini saya tidak memikirkan situasi melibatkan Xhaka,” tambah Unai Emery lagi.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN