Xhaka Dilucutkan Jawatan, Aubameyang Naik Pangkat Kapten

Unai Emery mengesahkan bahawa Granit Xhaka dilucutkan jawatan ketua pasukan. Ini selepas Xhaka berkonfrontasi dengan penyokong sendiri dalam aksi Arsenal menentang Crystal Palace.

Xhaka mengeluarkan kata-kata kesat kepada penyokong. Beliau turut menanggalkan bajunya dan terus belalu masuk ke terowong.

Unai Emery menegaskan bahawa, semua pihak bersalah dalam hal tersebut. Namun Xhaka sepatutnya lebih baik dalam mengawal situasi tersebut.

Dalam penjelasan Xhaka selepas insiden itu, beliau mengakui tindakannya salah dan terbawa-bawa dengan tekanan yang melandanya.

Ini selepas beliau mendakwa beberapa peminat Arsenal telah menyerang isterinya di media sosial dan mendoakan anaknya mendapat barah.

Xhaka kemudian direhatkan dalam perlawanan berikutnya kerana Unai Emery mahu pemain itu bertenang terlebih dahulu.

Xhaka dilantik sebagai kapten pada September lalu selepas Arsenal mengadakan sesi undian melibatkan para pemain. Dan Xhaka memenangi pemilihan tersebut.

Semalam, dalam sidang media sebelum aksi UEL, Unai Emery mengesahkan bahawa Granit Xhaka telah dilucutkan jawatan daripada menjadi ketua pasukan Arsenal.

Unai Emery berkata: “Saya sudah bercakap dengan Granit. Dan beliau bukan lagi salah seorang daripada kapten kami – di dalam kumpulan.”

Arsenal ada kelompok kapten. Sebelum ini, Xhaka, Bellerin dan Ozil merupakan pemain-pemain dalam kelompok utama tersebut.

Dan laporan di England menyatakan bahawa, Unai Emery telah melantik Aubameyang sebagai kapten Arsenal yang baharu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN