Xhaka Akhirnya Bersuara Kepada Penyokong Arsenal

Arsenal

Selepas insiden memalukan pada perlawanan menentang Crystal Palace tempoh hari, ketua pasukan Arsenal iaitu Granit Xhaka akhirnya telah bersuara kepada umum mengenai perkara itu.

Xhaka telah membuat penjelasan kepada semua penyokong Arsenal diatas ketelanjuran perbuatan beliau semasa digantikan oleh pemain lain ketika itu.

Menurut Xhaka, beliau menyatakan yang jiwanya tidak difahami oleh penyokong Arsenal sehingga beliau berasakan sudah sampai satu tahap yang dimana dirinya tidak tahan lagi.

Komen-komen yang penuh toksik dari penyokong telah membuatkan dirinya memberikan kesan kepada dirinya dengan cukup perit.

“Komen seperti ‘aku akan patahkan kaki kau’, ‘bunuh isteri dia’ dan ‘aku harap anak kau ada kanser’. Ianya telah membuatkan saya berang dan saya sudah sampai batasnya ketika di stadium pada Ahad.”

Xhaka mengakui dirinya terbawa-bawa dengan emosi marah kepada sekumpulan penyokong Arsenal yang menyerang dirinya di media sosial. Kerana itu, dirinya bertindak sedemikian.

Dalam masa yang sama, beliau mengajak semua pihak untuk kembali bersatu bergerak ke hadapan secara positif dan penuh hormat.

Jelas sekali, Xhaka dan keluarganya begitu terkesan dengan mesej-mesej yang berbaur kebencian yang diterimanya di laman sosial oleh penyokong Arsenal.

Dirinya berasa tidak adil kerana kebencian itu dilemparkan sehingga melibatkan isteri dan anaknya dek kerana prestasi beliau di atas padang.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN