Xavi Tolak Tawaran Barcelona

Xavi Hernandez dilaporkan telah menolak tawaran yang dikemukakan oleh Barcelona kepada beliau.

Sebelum ini, ada laporan menyatakan bahawa Barcelona menawarkan Xavi jawatan sebagai pengurus baharu menggantikan Ernesto Valverde.

Valverde mendapat tekanan yang luar biasa daripada ramai pihak kerana isu pengurusan pasukan dan pengurusan taktikal m

Pada Jumaat, CEO Barcelona, Oscar Grau dan Pengarah Bola Sepak Barcelona, Eric Abidal telah berjumpa dengan Xavi Hernandez di Doha. Ianya sehari selepas kekalahan Barcelona di tangan Atletico, dalam Piala Super Sepanyol.

Perbincangan mereka menjurus kepada usaha menjadikan Xavi sebagai pengurus baharu pasukan Barcelona menggantikan Ernesto Valverde.

Xavi Hernandez ditawarkan kontrak 2 tahun setengah. Tetapi legenda Barca itu menolak tawaran itu. Kerana menganggap ini bukan masa sesuai.

Perkara itu disahkan oleh bekas pengarah sukan Al Sadd iaitu Ghulam Al Balushi, kepada sebuah stesen tv di Arab Saudi. Di mana beliau mengesahkan ada dua pertemuan dibuat oleh pihak Barcelona dengan Xavi Hernandez.

Xavi juga sudah memberikan komen beliau tentang perkara itu. Xavi berkata: “Saya tidak dapat menyembunyikan impian saya untuk menjadi pengurus Barcelona pada suatu hari nanti.”

“Namun fokus saya pada ketika ini adalah untuk Al Sadd.”

“Saya tidak boleh memberikan komen tentang Barcelona kerana saya menghormati Ernesto Valverde.”

“Abidal kawan baik saya, dan saya perlu untuk menghormati Barcelona dengan Al Sadd. Fokus saya kini adalah untuk persiapan perlawanan seterusnya.”

“Mereka [Grau dan Abidal] datang untuk memantau keadaan Ousmane Dembele di sini.”

Xavi AL sadd

Dembele sedang menjalani rawatan di Arab Saudi.

“Saya tidak boleh bercakap tentang topik ini kerana perbualan kami ada berkaitan beberapa isu. seperti yang saya katakan sebelum ini, fokus saya adalah sepenuhnya kepada Al Sadd,” tambah Xavi lagi.

Beliau juga menyatakan bahawa Ernesto Valverde merupakan individu yang tepat untuk membimbing Barcelona, selepas berjaya membantu pasukan itu menjuarai La Liga dalam beberapa musim ini.

Mundo Deportivo pula melaporkan bahawa Barcelona masa membuka tawaran kepada Xavi Hernandez. Mereka memberikan bekas pemain itu masa sehingga Ahad ini untuk menetapkan keputusannya.

Laporan itu juga menyebut bahawa, masa depan Ernesto Valverde ketika ini boleh dikira selamat kerana Xavi menolak untuk menerima tawaran itu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN