Xavi Hernandez adalah pemain yang berasal daripada Catalonia dan beliau adalah pemain yang lantang menyokong kemerdekaan Catalan.
Semalam, Barcelona dan Las Palmas beraksi dalam stadium kosong selepas pihak keselamatan takut kejadian tidak diingini berlaku.
Pasukan Las Palmas semalam menggunakan jersi khas yang ditampal bendera Sepanyol sebagai usaha mereka menunjukkan sokongan kepada negara Sepanyol.
Namun tindakan itu tidak disenangi segelintir penyokong mereka sendiri yang menganggap pasukan mereka seperti Fascist! Kenapa Las Palmas perlu masuk campur dalam urusan dan tuntutan hak kemerdekaan orang Catalonia?
Barcelona sendiri tidak menggunakan bendera Catalonia dalam perlawanan tersebut.
Referendum Catalunya telah diadakan untuk mengundi sama ada mereka mahu kekal bersama Sepanyol ataupun tidak. Namun kerajaan Sepanyol menyelar referendum itu dan tidak mengiktirafnya.
Polis Sepanyol turun untuk menyuraikan pihak pemisah dan berlaku beberapa insiden keganasan.
Pihak pejuang pro-Catalonia terus cuba berhadapan dengan pihak polis untuk meneruskan usaha mereka dalam referendum tersebut.
Bercakap kepada RAC1, legenda Barcelona ini meluahkan pandangan beliau menerusi satu rakaman video ringkas. Xavi kecewa dengan apa yang berlaku dengan pihak polis bertembung dengann dengan mereka yang mahu mengundi.
Xavi menyatakan, yang pihak pemisah semalam berhimpun dalam keadaan aman namun pihak polis telah bertindak agresif. Xavi berkata:
“Apa yang berlaku di Catalonia adalah memalukan. Ia adalah tidak dapat diterima apabila masyarakat yang tinggal di negara demokratik tidak dibenarkan mengundi.”
“Sokongan saya sepenuhnya kepada semua mereka yang dengan aman cuba mendapatkan hak mereka untuk mengundi. Hidup selamanya Catalonia.”
Gerard Pique menganggap bermain di stadium kosong semalam sebagai salah satu pengalam pahit di dalam hidup beliau.