Xavi Mengaku Sukakan De Jong, Tapi Terpaksa Lepaskan Beliau

Frenkie de Jong

Pengurus Barcelona, Xavi Hernandez mengakui yang beliau amat menyukai pemain Belanda iaitu Frenkie de Jong dan mahu bintang itu terus kekal di Nou Camp.

Xavi menganggap De Jong sebagai pemain yang cukup penting untuk skuadnya dan beliau sememangnya mahu bintang Belanda itu terus kekal di Nou Camp untuk sedikit masa lagi.

Walaupun begitu, Xavi terpaksa menelan pahit yang cukup pedih dalam dirinya apabila terpaksa melepaskan De Jong kepada pasukan lain atas faktor yang berada di luar kawalannya.

Menurut Fabrizio Romano, Xavi mengatakan yang beliau sememangnya mahu mengekalkan status De Jong sebagai pemain Barcelona namun begitu kekangan kewangan menjadi punca.

Xavi mengakui yang Barcelona melihat minat Manchester United terhadap De Jong sebagai salah satu peluang untuk kelab mengimbangkan poket mereka yang sedang bermasalah ketika ini.

“Saya di sini bukan nak beri mesej. Saya sudah bercakap dengan Frenkie [De Jong] dan saya amat menilai beliau [sebagai pemain berkualiti].

“Beliau adalah pemain utama, tetapi ada situasi ekonomi dan Financial Fair Play..”

Pada hemat Xavi, perpindahan keluar De Jong amat diperlukan oleh Barcelona sebagai salah satu usaha mengurangkan defisit perbelanjaan selepas mendapatkan pemain-pemain lain.

Antara pemain-pemain tersebut adalah Robert Lewandowski dan Raphinha.

Situasi ini jelas sekali merupakan keadaan yang sukar untuk Xavi. Jika dilepaskan, perancangan Xavi di bahagian tengah pastinya terganggu dan perlu mendapatkan pemain lain untuk menggantikan De Jong.

Tetapi dari perspektif Barcelona, ianya akan membantu mereka dalam mengurangkan defisit selepas masalah kewangan yang dihadapi hasil perbuatan mereka sendiri.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN