Xavi Hernandez: Saya Ingin Kembali Ke Barcelona Pada Waktu Yang Tepat

Xavi Hernandez

Legenda Barcelona, Xavi Hernandez tidak menolak kemungkinan bahawa beliau akan kembali ke Nou Camp untuk berbakti selaku pengurus buat pasukan yang diwakilinya sejak tahun 1991 hingga musim 2014/15 itu.

Xavi yang berhijrah ke Qatar untuk beraksi bersama Al Sadd dalam kempen 2015/16 terus sahaja dinaikkan pangkat menjadi pengurus pasukan dengan kontrak selama dua tahun bermula 28 Mei 2019.

Kelab tersebut berjaya melayakkan diri ke peringkat separuh akhir Liga Juara-Juara Asia 2019 tetapi perjalanan ke final terhenti apabila tumpas di tangan Al-Hilal dari Arab Saudi.

Sebelum kehadiran Quique Setien yang menggantikan Ernesto Valverde bagi mengisi kerusi panas pengurus Barcelona, nama Xavi juga turut dikaitkan untuk menggalas tanggungjawab berat tersebut.

Menurut Xavi, beliau tanpa berselindung mengakui berminat untuk membimbing bekas kelabnya itu dengan syarat beliau mendapat kuasa penuh dalam mengawal serta membuat keputusan buat The Blaugrana.

”Harapan terbesar saya sekarang ini adalah untuk menjadi pengurus Barca dan membawa Barca kembali ke landasan kemenangan,” ujar Xavi menurut laporan Goal.

”Bukan saya tetapi pemain-pemain dan kemenangan Barca, Dan akibatnya, kakitangan kami, yang mana begitu mempersiapkan diri dan ia membuatkan kami sangat teruja.”

”Saya adalah ‘club man’ [untuk Barcelona]. Saya ingin kembali pada waktu yang tepat untuk memulakan projek ini bermula dari kosong.”

”Saya telah mengatakan perkara ini berkali-kali tetapi saya mahu mengambil keputusan bola sepak di Barcelona. Amat jelas selepas pilihan raya, tahapnya akan ditetapkan, sudah tentu saya tidak akan menolaknya.”

”Mereka datang kepada saya pada Januari lalu, kami berbincang. Saya mengatakan kepada mereka bahawa keadaan dan waktunya tidak tepat,” tambah Xavi Hernandez lagi.

Kredit featured image: David Ramos/Getty Images

Baca artikel lain dari kami mengenai Xavi Hernandez:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN