Xavi Dedah Sebab Tolak Peluang Latih Barcelona

xavi

Barcelona telah pun melantik Quique Setien sebagai pengurus baharu untuk menggantikan Ernesto Valverde yang dipecat.

Namun sebelum pelantikan Setien, antara nama lain yang turut berada di dalam senarai pertimbangan pihak pengurusan untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan Valverde adalah Xavi Hernandez.

Xavi adalah watak yang amat popular di Nou Camp dan dianggap legenda di kalangan penyokong setia kelab Catalan tersebut selepas beraksi bersama kelab tersebut sejak 1997 sehingga bersara pada 2015.

Bekas pemain antarabangsa Sepanyol itu kemudiannya menyertai Al Sadd selama tiga musim sebelum dilantik sebagai pengurus kelab Qatar tersebut.

Bercakap kepada media untuk mendedahkan sebab sebenar beliau untuk menolak kembali ke Nou Camp dalam masa terdekat, Xavi menyifatkan peluang untuk mengendalikan Barcelona masih terlalu awal untuk karier pengurusan beliau yang masih dianggap baharu.

Xavi turut mendedahkan Pegawai Eksekutif Barcelona, Oscar Grau, dan Pengarah Sukan kelab, Eric Abidal sememangnya telah menawarkan peluang untuk beliau kembali ke Nou Camp sebelum pemecatan Valverde pada Isnin lalu.

Pendahulu La Liga itu kemudiannya memilih untuk melantik bekas pengendali Real Betis, Quiquie Setien.

“Saya tidak bersetuju dengan tawaran tersebut, apatah lagi kerana ia terlalu awal untuk saya bergelar pengurus Barcelona,” ujar Xavi yang kini berusia 39 tahun.

“Tetapi ia tetap menjadi impian saya untuk mengendalikan Barcelona di masa hadapan.”

Xavi tampil dalam lebih 750 perlawanan untuk Barcelina sejak 1998. Beliau juga mengakui adalah peminat kepada Setien.

“Saya gemar cara beliau [Setien] bekerja dan menjangkakan beliau akan mencapai kejayaan bersama pasukan [Barcelona],” tambah Xavi lagi.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN