Xavi: “Barca Menandatangani Pemain Tidak Sesuai Dengan Sistem”

Marca menjalankan satu sesi temu ramah dengan legenda Barcelona, Xavi Hernandez. Berikut adalah rumusan kenyataan daripada Xavi Hernandez:

Perlu membeli pemain yang sesuai

Saya menjadi sebahagian daripada era terhebat Barcelona dan kini ia mungkin berbeza. Mereka hari ini bermain bola sepak dengan baik. Namun saya merasakan mereka harus membeli pemain yang lebih baik.

Mereka dibuai oleh kejayaan mereka memiliki pemain yang hebat di dunia dan sesuai dengan sistem pada 5 atau 6 tahun yang lalu.

Hari ini mereka masih ada Iniesta, Alba, Messi, Pique, Luis Suarez and Busquets. Namun untuk membentuk pasukan terbaik anda harus memiliki 11 pemain yang sesuai dengan sistem.

Walaupun anda perlu mencari pemain terbaik dunia, anda tetap perlu memberikan perhatian kepada perkara di dalam rumah anda sendiri iaitu akademi.

Pada era kegemilangan Barca, 60% daripada pasukan adalah diisi oleh pemain-pemain akademi. Namun selepas itu ramai pemain keluar kerana tidak diberikan peluang sebaiknya. Misalnya Thiago Alcantara.

Namun pada masa yang sama, sesetengah pemain haruslah lebih bersabar untuk memecah masuk ke dalam pasukan seperti Barcelona yang merupakan antara yang terbaik di dunia.

Kenapa sukar untuk bermain dengan Barcelona? Jika di dalam pasukan lain, anda boleh bangkit menang 3-2 dengan cara yang hodoh. Namun di Barcelona orang akan menganalisis kemenangan anda sepanjang minggu.

Orang akan mencari hujah kenapa penguasaan bola ini besar, kenapa pasukan lawan masih mencipta 3 peluang gol, kenapa bek sisi kami tidak menyerang dan sebagainya.

Untuk pasukan seperti Real Madrid, mereka boleh menang tanpa perlu banyak perdebatan.

Adakah Real Madrid lebih kuat secara mentaliti berbanding Barcelona?

Apa yang membezakan Real Madrid dan Barcelona adalah. Jika ada perkara yang tidak kena di kelab mereka, penyokong, pemain dan media pro mereka akan bersatu.

Di Barcelona pula, apabila ada masalah, amat sukar untuk semua pihak bersatu. Saya rasa inilah perkara yang menyukarkan kita berjaya bukannya kerana pemain kita semata-mata.

Pelan jangka pendek, ataupun pelan sementara yang diperlukan Barcelona

Sabar! Saya berada dalam era di mana Real Madrid menang treble. Saya lupa berapa banyak perlawanan yang mereka menang berturut-turut sehinggalah mereka tewas di tangan Valencia.

Namun pada Januari mereka menjadi tidak terkalahkan dan mereka menang kejuaraan.

Pasukan Barcelona harus mencari jalan untuk memastikan pemain gembira seperti mana era Laporta. Selepas itu, mereka perlu menandatangani pemain baru.

Real Madrid masuk ke dalam musim ini dengan pasukan juara mereka musim lalu. Mereka ada momentum. Real Madrid lebih bersedia berbanding dengan Barcelona yang baru nak memulakan era baru.

Itu bukan bermakna Barca tidak boleh menang La Liga. Tahun di mana Barca menang treble pun ramai penyokong mendesak Luis Enrique dipecat pada Januari.

Adakah Barcelona sedang menurun selepas ditinggalkan Guardiola

Saya tidak mahu menyatakan yang mereka sedang meninggalkan cara dan idea kami bermain. Pasukan ini tetap mahu cuba bermain bola sepak yang cantik seperti era kita memberikan banyak kejuaraan dahulu.

Jika mereka menukar cara bermain pastinya ia akan menjadi sejarah kehancuran. Ini kerana, sejak ketibaan Cruyff di kelab ini, pasukan Barcelona dihormati ramai, menjanjikan penyokong bola sepak yang cantik.

Apa alasan kita untuk meninggalkan idea bermain tersebut? Saya tidak tahu apa yang sedang difikirkan pengarah kelab yang ada sekarang. Tetapi saya mahu melihat Barcelona mengubah cara permainan mereka.

Kami juga bermain bola sepak dipanggil pausa. Satu pendekatan dicipta oleh Cruyff. Dalam padang ada 1 bola sahaja, dan anda dalam kedaan menyerang ketika bola di kaki pemain anda.

Namun pada fasa ini, adakah pemain-pemain anda juga dalam keadaan bertahan ketika sedang menyerang?

Nota editor: Kenyataan ini adalah sebahagian daripada kenyataan Xabi dalam temu ramah dengan Marca. Untuk temu ramah penuh, anda boleh rujuk kepada pautan sumber yang kami berikan.

Sumber

Marca

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN