#WoodwardOut Kedua Trending Di UK, Man Utd Kembali Fokus Cari Pengarah Sukan

Jendela perpindahan Liga Perdana Inggeris secara rasmi sudah pun ditutup. Beberapa perpindahan melibatkan enam kelab utama menyaksikan Arsenal dan Tottenham paling aktif.

Saingan Liga Perdana Inggeris akan membuka tirai dengan perlawanan di antara Liverpool yang akan menanti kunjungan Norwich City di Anfield jam 3am pagi esok.

Man Utd cari pengarah sukan

Tatkala fokus sejak semalam diberikan kepada perpindahan saat akhir oleh kelab-kelab bertanding, Manchester United pula kini mengalihkan kembali fokus mereka untuk mencari pengarah sukan yang baharu.

Perkhabaran melantik seorang pengarah sukan oleh United sebenarnya adalah sejak era Jose Mourinho lagi. Namun untuk jendela perpindahan kali ini, jelas sekali Ole Gunnar Solskjaer memilih pemain yang beliau kehendaki dengan struktur sedia ada.

Secara keseluruhan Manchester United telah membelanjakan £140 juta untuk Harry Maguire, Aaron Wan-Bissaka dan juga Daniel James. Pada masa yang sama, United turut menjual Romelu Lukaku pada harga £74 juta.

Ketika Solskjaer diberikan jawatan pengurus secara tetap pada 28 Mac lalu, pihak kelab berkata jawatan pengarah sukan akan mula digunapakai untuk persiapan musim akan datang.

Bekas pemain, Darren Fletcher dan juga Rio ferdinand dikatakan telah dipanggil untuk berbincang dengan Ed Woodward untuk mengisi jawatan tersebut beberapa bulan yang lalu.

Walaupun kedua-dua bekas pemain tersebut tidak dihubungi kembali oleh Woodward selepas itu, Fletcher dan Ferdinand dikatakan antara calon yang berada di dalam senarai.

Jawatan tersebut turut dipercayai tidak akan terlibat dalam melakukan rundingan pemain-pemain yang United sasarkan.

#WoodwardOut trending di UK

Tidak semua berpendapat Manchester United telah melalui jendela perpindahan yang baik. Sekurang-kurangnya ramai di kalangan penyokong mereka di UK berpendapat ia bukan jendela perpindahan yang mencapai harapan mereka – berdasarkan #WoodwardOut yang trending di Twitter.

Sebagai contoh ramai di kalangan penyokong Manchester United berpendapat ia adalah satu kesilapan untuk tidak membawa amsuk Bruno Fernandes dari Sporting Lisbon.

Kegagalan membawa masuk Paulo Dybala dan pengesahan Romelu Lukaku ke Inter Milan juga menyebabkan ramai di kalangan penyokong melihat bahagian serangan agak pincang.

Pada satu ketika pada Khamis, #WoodwardOut – untuk memanggil timbalan pengerusi eksekutif itu meletak jawatan – telah menjadi trending di UK, dengan lebih dari 50,000 kicauan di Twitter. Hanya #DeadlineDay sahaja yang mengatasi #WoodwardOut untuk trending yang melibatkan bola sepak di platform media sosial tersebut.

Manchester United setakat ini gagal membawa trofi Liga Perdana Inggeris buat musim ke-6 ke Old Trafford sehak Eoodward mengambil alih peranan eksekutif dari David Gill.

Rata-rata penyokong turut mengecam kegagalan United di era pemilikan keluarga Glazer, serta kegagalan Woodward memelihara aspek bola sepak untuk kelab seperti Manchester United.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN