Naib Pengerusi Eksekutif Manchester United, Ed Woodward menegaskan pasukannya kini sedang memalui fasa ‘pembinaan semula’ dengan kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu sedang menyasarkan untuk kembali bersaing di Liga Juara-Juara Eropah (UCL).
Kegagalan beraksi dalam kejohanan elit Eropah itu pada musim ini telah menyebabkan keuntungan operasi dan pendapatan kelab tersebut untuk tempoh tiga bulan sejak 31 Disember 2019 menurun sebanyak 17 peratus.
Untuk mencapai kejayaan pada masa akan datang, pihak pengurusan United telah membuat perancangan jangka masa panjang dengan terus memberikan kepercayaan kepada pengurus, Ole Gunnar Solskjaer untuk memberi fokus kepada akademi dengan mendapatkan pemain-pemain muda berbakat dari seluruh dunia.
Woodward Janji Perubahan Buat Manchester United https://t.co/pv8Pf3Y0Y2 pic.twitter.com/bhOeYXFKmi
— Semuanya BOLA (@mysemuanyabola) February 11, 2020
“Kami berusaha untuk mendapatkan keputusan terbaik dalam saingan EPL dan masih bersaing dalam Liga Europa dan Piala FA Inggeris ketika musim ini sudah pun memasuki sepertiga terakhir.
“Untuk mendapatkan kejayaan jangka masa panjang, kami semua sedang berusaha keras untuk melaksanakan perancangan dan visi kami bersama Ole [Gunnar Solskjaer].”
United kini berada di kedudukan kelima EPL, hanya tiga mata di belakang pasukan keempat, Chelsea selepas menumpaskan Watford 3-0 pada Ahad hasil jaringan Bruno Fernandes, Mason Greenwood dan Anthony Martial.
Mengikut kuota slot ke Eropah yang telah ditetapkan, empat pasukan teratas EPL layak ke UCL sementara pasukan di tangga kelima dan keenam akan ke Liga Europa.
Fernandes yang ditandatangi dari Sporting Lisbon dengan nilai €55 juta merupakan satu-satunya pemain baharu yang menyertai United semasa tempoh perpindahan bulan Januari lalu dan Woodward menegaskan kelab tersebut akan mempunyai ‘disiplin’ yang sama untuk pintu perpindahan musim panas akan datang.
Ed Woodward Tetap Yakin Beliau Individu Paling Layak Majukan Manchester United – https://t.co/fVM7Sn6eJR pic.twitter.com/0b38RRCO2R
— Semuanya BOLA (@mysemuanyabola) October 21, 2019
Musuh setempat, Manchester City yang kini di tangga kedua EPL telah digantung daripada menyertai kejohanan Eropah selama dua musim oleh UEFA.
Keputusan tersebut memberi peluang kepada pasukan di tangga kelima EPL untuk mendapatkan slot ke pusingan kelayakan UCL sekalipun City ketika ini masih dalam proses untuk membuat rayuan.
Woodward bagaimanapun enggan memberikan komen lanjut mengenai kes melibatkan City. Namun beliau bercaya peraturan kewangan FFP akan membantu semua kelab beroperasi dengan baik.