‘Wonderkid’ Indonesia Sertai Ilhan Fandi Di Belgium Bersama KMSK Deinze

Perjalanan bintang muda Indonesia iaitu Marselino Ferdinan di Belgium akhirnya menemui titik noktah, selepas beliau secara rasminya direkrut KMSK Deinze selama satu musim.

Marselino yang sebelum ini dikaitkan bersama beberapa kelab di Belgium akhirnya akan memulakan karier beliau di Belgium untuk saingan divisyen kedua negara tersebut bersama KMSK Deinze.

Lebih menarik, kelab tersebut juga musim ini turut diwakili oleh bintang muda Singapura iaitu Ilhan Fandi dan bakal menjalinkan kerjasama di atas padang selaku rakan sepasukan.

Malah, Ilhan turut mengalu-alukan kedatangan pemain tersebut menerusi Instagram beliau semalam untuk menyambut kehadiran Marselino.

“Selamat Datang Marselino Ferdinan,” tulis pemain pertahanan berusia 20 tahun itu menerusi Instagram peribadi beliau sambil turut memuat naik gambar tonggak tengah Indonesia tersebut.

Walaupun begitu, Ilhan masih lagi belum dapat menyertai kem latihan pasukan tersebut kerana masih lagi dihantui kecederaan ketika saingan Piala AFF 2022 sebelum ini.

Untuk info, KSMK Deinze merupakan kelab bola sepak yang dimiliki oleh suatu perusahaan di Singapura iaitu ACA Football, dan Marselino menjadi pemain kedua dari Asia Tenggara menyertai pasukan itu.

Menurut Marselino, ketika ini beliau akui tidak sabar untuk bertemu para penyokong kelab serta berharap dapat mengutip sebanyak mana minit permainan bersama KSMK Deinze.

“Saya sangat gembira berada di sini, bersama KSMK Deinze untuk mendapat pengalaman pertama saya di Eropah selaku pemain bola sepak profesional.

“Saya tak sabar untuk bertemu para penyokong dan berharap dapat mengutip minit permainan pada awal perlawanan bersama KSMK Deinze,” jelas beliau menerusi CNN Indonesia.

Selaku pemain muda terbaik dalam saingan Piala AFF 2022 ini tampil sebagai permata baharu buat bola sepak Indonesia kerana aksi tang dipamerkan beliau jelas sangat positif.

Selain menjadi tulang belakang buat Indonesia, Marselino juga antara tonggak utama buat kelab diwakilinya kini dalam saingan Liga 1 Indonesia iaitu Persebaya menerusi beberapa ledakan gol dan bantuan jaringan.

Bersama Ilhan, pastinya banyak perkara baharu dapat dipelajari Marselino dalam impian untuk bergelar pemain profesional di Eropah.

Sumber:
CNN Indonesia

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN