‘Wonderkid’ Indonesia Diberi Nasihat Supaya Jangan Cepat Berpuas Hati Di Eropah

Pengendali Persebaya Surabaya iaitu Aji Santoso telah memberi suatu nasihat yang sangat berguna kepada bekas pemainnya yang kini berkelana di Eropah, Marselino Ferdinan.

Marselino yang sebelum ini beraksi untuk Persebaya dianggap sebagai salah satu kebanggaan buat Aji kerana berjaya membentuk pemain tersebut sehingga dikenali ramai kini.

Ketika ini, Marselino telah pun berada di Belgium untuk menjalani ujian bersama salah satu kelab utama di sana iaitu K.A.A Gent, selepas mendapat tawaran tersebut sebelum itu beberapa minggu lalu.

Untuk rekod, aksi Marselino telah pun dipantau beberapa kelab di Eropah, selepas dirinya tampil sebagai fenomena buat kelab serta skuad kebangsaan menerusi kualiti permainannya pada usia masih muda.

Pada usia 17 tahun lagi Marselino telah pun mencipta nama untuk menjadi salah seorang tonggak utama di bahagian tengah Persebaya, dan kredit perlu diberikan kepada Aji kerana yakin akan kualiti pemain muda berkenaan.

Pesan Aji ketika ini untuk Marselino supaya beliau tetap merendah diri dan tidak cepat untuk merasa puas hati dengan segala kejayaan dimiliki walau dimana berada.

“Beliau perlu merendah diri dalam mengejar impian selaku pemain bola sepak profesional di peringkat lebih tinggi. Perjalanannya masih lagi panjang.

“Sebagai pemain bola, mereka hanya boleh berpuas hati sekiranya sudah bersara. Jika karier masih lagi berjalan, rasa itu tidak boleh wujud sama sekali.

“Mungkin nanti ketika beliau sudah dilimpahi wang ringgit, ada rumah sendiri, serta kehidupan lebih selesa akan menimbulkan rasa puas buat Marselino. Tetapi rasa itu akan membahayakan dirinya,” jelas Aji menerusi Bola.com.

Nama Marselino mula dikenali ramai ketika beliau beraksi untuk skuad bawah 15 (B-15) Indonesia bawah kendalian Bima Sakti pada tahun 2015.

Ketika itu, pemain berbakat besar ini beraksi dalam saingan Piala AFF 2019 dan berjaya menyumbang lima gol secara keseluruhan untuk membuktikan ketajaman beliau di peringkat antarabangsa.

Beliau juga pernah memecahkan rekod selaku pemain paling muda pernah beraksi dalam saingan Liga 1 Indonesia, setelah diberi kepercayaan untuk beraksi pada usianya ketika itu 17 tahun 2 hari.

Pada 6 Oktober 2021, Marselino menjadi kebanggaan Sang Garuda selepas namanya didaftarkan oleh The Guardian selaku salah seorang 60 wonderkid berpengaruh dunia.

Namanya ketika itu berada sebaris bersama pemain muda Lazio iaitu Luka Romero, bintang handalam Borussia Dortmund, Youssoufa Moukoko, serta Elias Solberg.

Walaupun masih asing dalam dunia bola sepak peringkat antarabangsa, The Guardian menyatakan pemain tersebut mempunyai skil permainan berkualiti tinggi dan mempunyai potensi pada masa hadapan.

Sumber:
Bola.com

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN