Liverpool dikhabarkan kini masih lagi menjadi antara pasukan yang sibuk memantau beberapa lagi pemain baharu untuk ditandatangani mereka pada musim ini.
Sasaran mereka ketika ini merupakan pemain yang beraksi di posisi tengah kerana itu menjadi antara faktor kelemahan pasukan tersebut dalam setiap perlawanan dihadapi.
https://twitter.com/urubunews81/status/1570599833513373696?s=21&t=TiBSipoI0ji6ADGGkkqybQ
Menurut laman Sport Bible, Liverpool dikatakan kini sedang menyiapkan tawaran mereka untuk mendapatkan pemain tengah muda Flamengo iaitu Joao Gomes.
Pemain muda berbakat besar itu sebelum ini pernah dikaitkan dengan beberapa pasukan besar seperti Manchester United dan Atletico Madrid, namun Gomes jelas menunjukkan keinginan tinggi untuk menyertai Liverpool.
Gomes setakat ini sudah pun membuat penampilan sebanyak 101 perlawanan untuk Flamengo dan beliau lebih banyak beraksi di posisi pemain tengah bertahan serta sudah pun meledak tiga gol secara keseluruhan.
Liverpool are preparing an offer for Flamengo midfielder João Gomes in January.
Jurgen Klopp has been watching the 21-year-old for "a long time." [@JulioMiguelNeto] pic.twitter.com/TecEtgR3rM
— Anfield Edition (@AnfieldEdition) September 14, 2022
Bersama kelab tersebut, Gomes berjaya meraih kejuaraan Brazilian Serie A, Supercopa do Brasil, serta dua Campeonato Carioca walaupun masih baru lagi bersama Flamengo.
Lebih menarik, pemain muda tersebut juga berjaya menyingkirkan bekas tonggak tengah Barcelona iaitu Arturo Vidal untuk meraih tempat dalam kesebelasan utama.
Kontrak Gomes bersama Flamengo pada asalnya sehingga musim panas 2025, tetapi kelab tersebut dijangka bakal menambah klausa pelepasan yang lebih besar untuk pemain tersebut, setelah ada kelab dari Eropah seperti Liverpool mahu mendapatkannya.
Sebelum itu, Liverpool sebenarnya telah pun dikaitkan dengan beberapa nama pemain yang beraksi di posisi tengah, namun kelab tersebut setakat ini hanya berjaya mendapatkan Arthur Melo untuk mengukuhkan posisi tersebut.
Alex Oxlade Chamberlain, Naby Keita, dan James Milner dikhabarkan bakal tamat kontrak pada musim panas seterusnya.
Manakala pemain seperti Jordan Henderson, Thiago Alcantara, serta Fabinho ketika ini sudah menginjak usia mereka.
Dua pemain tengah Liverpool ketika ini Harvey Elliot serta Fabio Carvalho pula masih terlalu muda dan kurang berpengalaman untuk membawa pasukan sebesar Liverpool.
Agenda Klopp ketika ini mahu membawa pemain muda yang lebih muda dan berbakat besar dalam usaha beliau untuk membentuk kembali Liverpool mencatat kejayaan pada masa hadapan.
Pemain seperti Jude Bellingham masih lagi berada dalam sasaran kelab tersebut kerana Klopp jelas berminat akan corak permainan beliau sehingga kini.
João Gomes about Liverpool and Playing in the UCL:
“Playing in the Champions League is my biggest dream in football, mine and that of my family. Liverpool is a team where I would like to play, I have the greatest desire to play [for Liverpool]”. pic.twitter.com/UHtwcA4MWn
— Maxence (@maxence__lfc) September 14, 2022
Namun untuk ketika ini, mendapatkan khidmat pemain sebaik Gomes adalah keutamaan kelab tersebut kerana beliau dijangka mampu untuk terus memberikan impak buat pasukan dalam kadar segera.