Wolfsburg ‘Degil’ Teruskan Latihan

Kelab Jerman, VfL Wolfsburg mengumumkan pasukan itu akan kembali menjalani latihan pasukan pada Isnin sekalipun pihak kerajaan telah mengarahkan supaya semua pihak mengasingkan diri bagi mengatasi masalah penularan wabak coronavirus (COVID-19).

Bundesliga telah dijadualkan bersambung semula bermula 2 April dengan Wolfsburg telah dijadualkan akan berkunjung ke Bayer Leverkuson dua hari selepas tarikh itu, namun ketika ini keadaan semasa tidak menunjukkan perlawanan tersebut dapat diteruskan.

Kematian di Jerman disebabkan COVID-19 telah meningkat sehingga 93 kes dan Cancelor Jerman, Angela Merkel telah mengumumkan pada Ahad kerajaan tidak membenarkan semua pihak berkumpul melebihi dua orang.

Bagaimanapun dalam kenyataan Wolfsburg, mereka menjelaskan latihan yang akan diteruskan dibuat dengan membahagikan beberapa kumpulan kecil.

“VfL Wolfsburg akan menyambung latihan seperti yang telah dirancang pada Isnin 23 Mac di bawah pengawasan khas dan akan mematuhi langkah-langkah penjagaan kebersihan yang ketat.

“Bermula pada waktu pagi, skuad kendalian ketua jurulatih, Oliver Gasner akan berlatih di Volkswagen Arena dalam kumpulan-kumpulan kecil dan akan bergerak berselang-seli mengikut disiplin latihan yang ditetapkan termasuk penggunaan gimnasium sehingga notis selanjutnya menyusul.” ujar kenyataan rasmi kelab itu.

Pengarah urusan kelab, Jorg Schmadtke juga memaklumkan pasukan itu mengambil kira kemungkinan perlawanan akan disambung semula pada 2 April walaupun ada yang melihat ianya tidak realisitik berdasarkan situasi terkini. Namun pihaknya perlu membuat persediaan yang sewajarnya.

Sementara itu, pemain remaja Amerika Syarikat, Ulysses Llanez dilaporkan telah dipanggil untuk menjalani latihan bersama skuad utama Wolfsburg.

Pemain kelahiran California berusia 18 tahun itu merupakan pemain akademi LA Galaxy dan menyertai Wolfsburg secara rasmi pada April 2019.

https://twitter.com/FutureUsmnt/status/1193551645843562497?s=20

Baca juga artikel kami yang lain mengenai Bundesliga:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN