Penyerang baharu Persija Jakarta, Witan Sulaeman mempunyai misi beliau tersendiri tahun ini bersama kelab yang diwakilinya kini menerusi beberapa kejayaan ingin dikecapi.
Pemain tersebut juga secara rasminya telah pun diperkenalkan kepada para penyokong Persija beberapa hari lalu, dan beliau mendapat reaksi positif kerana pengalaman dan rekod dimiliki sebelum itu di luar negara.
Hari pertama berlatih bersama 👆🔴#ToTheNextLevel #BelieveIn12 #PersijaJakarta pic.twitter.com/ZhkLgJHE30
— Persija Jakarta (@Persija_Jkt) February 4, 2023
Menerusi kontrak bersama Persija, Witan telah diikat kelab tersebut selama 3 musim dan akan membantu pasukan tersebut dalam persaingan Liga 1 Indonesia untuk merebut kejuaraan domestik.
Sebelum itu, hal perpindahan Witan menjadi sesuatu yang sangat mengejutkan dalam kalangan penyokong kerana secara tiba-tiba beliau kembali ke Indonesia untuk menyertai Persija.
Ini kerana, hanya Egy Maulana sahaja sebelum ini mengesahkan diri beliau akan pulang sertai saingan liga tersebut, setelah kontraknya bersama FC Zlate Moravce tamat lebih awal.
Walaupun begitu, Witan sangat gembira ketika ini kerana dapat membantu pasukan tersebut pada tahun ini yang dianggap besar dan kaya dengan sejarah menarik di Indonesia.
Penyerang lincah yang memakai jersi nombor 78 itu juga berharap supaya lebih banyak kejayaan mampu diraih tahun ini bersama Persija, khususnya menjuarai saingan liga.
“Untuk para pemain, pengurusan, dan kejurulatihan, dan khususnya penyokong setia Persija, ayuh kita kita sama-sama berjuang meraih lebih banyak kejayaan.
“Harapan saya semoga Persija mampu meraih kejuaraan liga musim ini dan melangkah ke saingan Asia pada tahun hadapan,” jelas Witan menerusi Bola.com.
Pada masa sama, Thomas Doll selaku pengendali Persija juga menegaskan pasukan akan memberi sokongan sepenuhnya kepada Witan, dan akan melepaskan pemain tersebut jika beliau mendapat tawaran luar negara.
“Kalau Witan ingin kembali ke Eropah tidak akan menjadi masalah buat diri kami untuk melepaskannya pada masa akan datang.
“Ketika ini, Persija juga mempunyai sasaran tersendiri untuk terus membangun dalam tempoh 2-3 tahun ini sebagai salah satu pasukan pencabar.
"Semoga Persija bisa juara Liga Indonesia, dan kita bisa bersaing di Asia," – Witan Sulaeman 👊#ToTheNextLevel #BelieveIn12 #PersijaJakarta pic.twitter.com/aoflqElMwg
— Persija Jakarta (@Persija_Jkt) February 4, 2023
“Kami sedang memburu pelbagai kejuaraan. Pastinya kehadiran Witan memberi kelebihan dan memudahkan urusan kami pada masa akan datang,” jelas Doll.