Witan Sulaeman Anggap Masa Di Eropah Sebagai Suatu Penghormatan Terbaik Buat Kariernya

Penyerang lincah Sang Garuda iaitu Witan Sulaeman mengesahkan karier beliau pada masa akan datang untuk mewakili Persija Jakarta dalam saingan Liga 1 Indonesia pada tahun 2023.

Selepas beberapa musim mencipta nama di Eropah, ini menjadi kali kedua beliau kembali beraksi untuk saingan negaranya dengan mengikat kontrak selama lima tahun bersama Persija.

Witan yang mempamerkan aksi cemerlang sebelum ini bersama Indonesia bakal menjadi senjata baharu buat Thomas Doll yang memimpin Persija untuk perkukuhkan lagi posisi serangan kelab tersebut.

Sebelum ini, Witan telah pun mewakili AS Trencin yang beraksi dalam saingan Slovak First League di Slovakia dan menjadi antara pemain pilihan utama dalam senarai kesebelasan utama.

Masih belum diketahui lagi apa faktor sebenar beliau kembali ke Indonesia, biarpun tampil dengan serba menyakinkan bersama pasukan tersebut sebelum ini.

Walaupun begitu, Witan telah pun mengucapkan salam perpisahan bersama AS Trencin di Instagram beliau semalam sambil menganggap ia sebagai suatu penghormatan diberi peluang beraksi bersama ketika itu.

“Ianya merupakan suatu penghormatan buat diri saya untuk menjadi sebahagian daripada pasukan ini.

Terima kasih untuk segalanya dan moga lebih banyak kejayaan dapat diraih pada masa hadapan,” jelas Witan menerusi Instagram beliau.

Untuk rekod, Witan mempunyai jumlah jaringan yang cukup baik sepanjang di Slovakia dengan merekodkan empat gol dan satu bantuan jaringan daripada 12 perlawanan.

Bersama AS Trencin, pemain tersebut terus mempamerkan kelebihan beliau di hadapan gol setelah tampil dengan 14 perlawanan bersama pasukan tersebut serta sudah menjaringkan 4 gol.

Sebenarnya, Persija merupakan kelab kedua diwakili oleh Witan untuk saingan Liga 1 Indonesia, setelah sebelum itu beliau telah pun memulakan karier bersama PSIM Yogyakarta pada tahun 2019.

Ketika bersama PSIM, aksinya telah pun menarik minat pasukan yang berpangkalan di Serbia iaitu FK Radnik Surdulica untuk menjadi detik permulaan Witan di luar negara.

Selain Witan, seorang lagi pemain yang terlebih dahulu pulang dari Eropah ialah Egy Maulan Vikri yang kini beraksi selaku penyerang buat Dewa United.

Kedua pemain ini juga pernah beraksi bersama ketika di Eropah untuk mewakili FK Senica sebelum keduanya mengalami masalah pembayaran gaji bersama pasukan itu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN