Jurgen Klopp telah mengesahkan bahawa penjaga gol baharu Liverpool, Adrian San Miguel tidak pasti dapat diturunkan dalam perlawanan esok menentang Southampton di St. Mary Stadium.
Ini berikutan penjaga gol itu mengalami kecederaan di buku lali akibat dipijak oleh penyokong mereka yang tergelincir semasa sambutan meraikan kemenangan Piala Super Eropah tempoh hari.
Dengan penjaga gol utama, Alisson Becker sudah pun disahkan perlu berehat panjang – maksimum enam minggu – akibat kecederaan yang dialamai sewaktu perlawanan pertama EPL minggu lepas, kehilangan Adrian membuatkan Jurgen Klopp perlu membuat keputusan sama ada Andy Lonergan ataupun Coimhin Kelleher sebagai pilihan.
❌ – Alisson
❌ – AdrianAfter winning the #SuperCup for Liverpool with a penalty save against Chelsea, the back-up 'keeper was injured by a celebrating fan in Istanbul. 😳
— Sky Sports News (@SkySportsNews) August 16, 2019
Klopp masih tidak dapat menyembunyikan rasa geramnya terhadap penyokong yang mencederakan Adrian pada Rabu lepas dan mempersoalkan kenapa peminat berkenaan boleh bertindak di luar batasan dengan berlari ke dalam padang.
“Saya tidak faham bagaimana dalam dunia media sosial pada hari ini di mana kita boleh sentiasa boleh ‘bersama’ pasukan walau di mana kita berada, ada seorang penyokong yang hilang pertimbangan bertindak melompat ke atas sesuatu dan tiba-tiba tergelincir sehingga ‘menyepak’ buku lali Adrian lalu mencederakannya.
“Semalam ianya kelihatan ia masih bengkak, hari ini nampaknya keadaannya lebih baik. Kita perlu tunggu dan lihat laporan perubatan sama ada beliau sempat cergas 100% untuk perlawanan esok.
Jürgen Klopp has revealed #LFC will need to check on the fitness of @AdriSanMiguel ahead of tomorrow's game against @SouthamptonFC. https://t.co/WA5HkGC0Rr #SOULIV
— Liverpool FC (@LFC) August 16, 2019
“Walau bagaimanapun, malam – kemenangan Piala Super UEFA – itu adalah sesuatu yang gemilang buat beliau.
“Kita perlu memikirkan cara untuk memastikan pasukan dapat mencapai kemenangan dalam perlawanan Sabtu ini. Andy Lonergan kini sudah mula berlatih bersama Kelleher dan kita ada kedua-duanya untuk memutuskan siapa yang lebih bersedia untuk bermain.
“Lonergan nampak lebih berpotensi untuk diturunkan berbanding Kelleher yang masih belum bersedia 100 peratus. Kita akan lihat dan membuat penilaian dengan sebaiknya.”
.@AdriSanMiguel has revealed he is hopeful of being fit to start #LFC's match at @SouthamptonFC on Saturday.https://t.co/ky3VPBGAtE
— Liverpool FC (@LFC) August 16, 2019
Bagaikan kisah dongeng, Adrian San Miguel kini menjadi wira yang disayangi penyokong Liverpool selepas aksi cemerlangnya menyelamatkan sepakan penati terakhir oleh Tammy Abraham dalam perlawanan Piala Super Eropah.
Sekalipun pada awalnya ketibaan beliau di Anfield beberapa hari lepas hanyalah sebagai penjaga gol gantian, namun kecederaan Alisson telah mengubah takdir penjaga gol itu yang sepanjang kariernya sebelum ini tidak pernah menang apa-apa kejuaraan utama.