Winnipeg dan Hamilton Kelab Pertama Sertai Canadian Premier League

Canadian Premier League

Nampaknya Major League Soccer bakal mempunyai pesaing. Bukan pesaing daripada liga profesional sukan lain di Amerika Syarikat, tetapi daripada negara jiran mereka.

Canadian Premier League secara rasminya telah dibentuk. Namun dijangkakan musim sulung mereka ialah pada 2019.

Pembentukan CSB

CEO Canadian Soccer Business, Scott Mitchell. Sumber: Toronto Sun.

Canadian Soccer Business (CSB) merupakan sebuah entiti khas dibentuk hasil kerjasama Canadian Soccer Association dan Canadian Premier League. Tujuan penubuhan CSB antaranya menguruskan hal ehwal aset komersial Canadian Premier League.

Ini termasuk juga urusan penjualan hak penamaan stadium bagi kelab bertanding. Buat masa ini, dua kelab sudah sah menghantar penyertaan.

Antara rekaan jersi oleh peminat Winnipeg. Sumber: Pinterest.

Dua kelab yang dimaksudkan ialah Winnipeg dan Hamilton. Dijangkakan kejohanan Canadian Premier League bakal bermula pada April 2019.

Dikhabarkan sekurang-kurangnya 6 pasukan bakal bertanding dalam musim sulung CPL. Cuma, 3 kelab MLS iaitu Vancouver Whitecaps, Toronto dan Montreal Impact tidak menyertainya.

CSB juga diberikan kuasa untuk menyelia Canadian Championship. Kejohanan antara kelab-kelab bola sepak profesional dari Kanada.

Sambut baik

Seorang peminat bola sepak dari Winnipeg, Abey Solomon menyambut baik pemilihan tempat tinggalnya sebagai kelab sulung CPL.

Beliau merasakan sudah tiba masanya para penduduk di Winnipeg bakal bersatu melalui bola sepak. Walaupun ada penduduknya dari kalangan imigran Afrika.

Abey sendiri seorang imigran dari Afrika.

Cecilla Castro. Sumber: CBC.

Selain itu, seorang wanita bernama Cecilla Castro gembira dengan pemilihan tersebut. Cecilla menguruskan sebuah kedai jersi. Pada masa lapangnya beliau akan habiskan dengan bermain bola sepak.

Impian beliau melihat sebuah pasukan profesional di bandar itu sudah tercapai.

Sementara itu, sekumpulan penduduk di Hamilton sudah pun membentuk kelab pasukan untuk kelab berpangkalan di bandaraya itu. DIfahamkan nama tersebut ialah Barton Street Battalion.

Gemilang Kanada?

Bola sepak Kanada tidaklah sebaik jirannya, Amerika Syarikat. Jika mengikut statistik, Amerika Syarikat seringkali beraksi dalam Piala Dunia.

Namun, empat musim terakhir CONCACAF Champions League, dua kali wakil Kanada ke final kejohanan kelab itu.

Pada edisi 2015, Montreal Impact gagal menewaskan America, kelab Mexico. Final tahun ini pula menyaksikan Toronto bakal menentang Guadalajara, juga dari Mexico.

Sedangkan, kali terakhir kelab Amerika Syarikat mara ke final CONCACAF Champions League ialah pada 2011. Real Salt Lake tewas kepada wakil Mexico, Monterrey.

Sebenarnya, mana-mana kelab dari Kanada yang menjuarai Canadian Championship bakal beraksi dalam CONCACAF Champions League.

Bakal saingi MLS?

Jika kena pada cara, CPL bakal akan menyaingi MLS. Tetapi mungkinkah CPL juga menjadi tiket untuk FIFA memilih mereka sebagai hos Piala Dunia 2026.

Harapnya apabila CPL akan bermula tahun hadapan, ia bakal memeriahkan kalendar bola sepak domestik di seantero global.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN