Wilshere Dedahkan Tiada Perkembangan Terbaru Dalam Rundingan Kontrak Baru

Pemain tengah Arsenal, Jack Wilshere memberitahu buat masa ini tiada perkembangan terbaru tentang perbincangan kontrak lanjutan beliau di Arsenal.

Arsene Wenger memberitahu yang beliau juga sedang mempertimbangkan kontrak Wilshere selain daripada Ozil dan Sanchez.

Wenger memberitahu media sebelum ini yang Jack Wilshere antara pemain istimewa dalam pasukan beliau.

Di sebalik isu kontrak melanda, Jack Wilshere memberitahu yang beliau tetap komited untuk berjuang mendapatkan tempat di dalam pasukan yang beliau sokong sejak kecil.

Wenger musim ini berpuas hati dengan beberapa aksi Wilshere di dalam pasukan. Wilshere berkata:

“Tiada apa-apa perkembangan dalam kontrak saya. Semuanya sama seperti apa yang kami bincangkan 2 minggu lalu.”

“Saya hanya membaca dan mendengar kenyataan bos di sidang media. Saya baru sahaja bermain perlawanan EPL pertama saya. Saya kini fokus untuk kekal cergas.”

Jack Wilshere

“Apabila masa yang sesuai itu tiba, saya yakin bos (Wenger) akan hubungi saya dan berbincang tentang hal ini.”

Wilshere memberitahu yang ketika bermain menentang West Ham beliau lebih defensif berbanding dengan peranan beliau dalam beberapa perlawanan di UEL.

Namun pemain itu tidak ada masalah dengan peranan seperti itu. Ia sudah biasa untuk pemain tengah perlu ada kemampuan untuk melakukan aksi bertahan seperti membentes dan bersaing secara fizikal.

Ramai pengurus sudah mengikuti perkembangan kontrak Wilshere. Antaranya David Moyes yang diberitakan mahu membawa pemain tersebut ke West Ham United pada Januari ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN