Willian: Saya Sedang Memujuk Hudson-Odoi Untuk Kekal Di Stamford Bridge

Hudson-Odoi

‘Saya berusaha memujuknya supaya jangan pindah’. Itulah yang dilakukan bintang Chelsea, Willian terhadap pemain berusia 18 tahun, Callum-Hudson Odoi.

Ini berikutan desas-desus yang mengaitkan penghijrahan pemain muda tersebut ke Bayern Munich selepas mendapat tawaran yang lumayan.

Seperti dilaporkan ESPN, Willian sedang berusaha sedaya upaya memujuk Hudson-Odoi bagi memastikan beliau terus kekal di kelab yang berpangkalan di London itu.

Sebelum ini, Bayern Munich telah melaporkan bahawa mereka telah mencapai persetujuan dengan Chelsea mengenai yuran perpindahan pemain itu.

Bayern dan Chelsea bersetuju dengan yuran 35 juta pound (RM186 juta) tetapi tidak pasti sama ada Hudson-Odoi akan berpindah ke Bundesliga pada jendela perpindahan sekarang yang tamat pada 31 Januari atau pada Julai depan.

Bagaimanapun, sumber terbaru mendedahkan bahawa pihak Chelsea telah membuat pusingan ‘U’ dengan tidak akan menjual pemain itu kepada mana-mana kelab.

Pemain berbakat besar

Menurut Willian, beliau akui yang Hudson-Odoi merupakan seorang pemain yang mempunyai bakat yang besar.

Ianya terbukti ketika pemain itu berjaya mempamerkan aksi cemerlang dengan berjaya menjaringkan gol membantu pasukan meraih kemenangan 3-0 ke atas Sheffield Wednesday, pada saingan Piala FA dan mara ke pusingan kelima, pagi semalam.

Hudson-Odoi tidak mempersia-siakan peluang selepas diturunkan dalam kesebelasan utama dengan berjaya menyumbang gol di separuh masa kedua pada minit ke-64.

LONDON, ENGLAND – JANUARY 27: Callum Hudson-Odoi of Chelsea celebrates after scoring his team’s second goal with Willian of Chelsea during the FA Cup Fourth Round match between Chelsea and Sheffield Wednesday at Stamford Bridge on January 27, 2019 in London, United Kingdom. (Photo by Darren Walsh/Chelsea FC via Getty Images)

“Kami inginkan dia bertahan. Dia memiliki bakat yang besar, seorang pemain hebat. Kami memintanya untuk bertahan di sini,” kata Willian.

“Kami tidak ingin dia pergi. Dia mampu menjadi salah satu pemain terbaik di Chelsea, malah boleh sebagai salah satu pemain terbaik di dunia, dimasa akan datang. Dia harus bertahan,” lanjutnya.

Kekal fokus

Meskipun pelbagai spekulasi kini sedang menghimpit pemain England tersebut, Willian bagaimanapun menasihatkannya agar mengekalkan fokus sepenuhnya dalam permainan.

“Dia harus melupakan (segala masalah) diluar padang dan saat ia masuk ke dalam, ia harus menunjukan persembahan terbaiknya. Dan ini adalah salah satu sebabnya.”

Chelsea’s (from left to right) Marcus Alonso, Willian and Callum Hudson-Odoi warm up before the FA Cup fourth round match at Stamford Bridge, London. (Photo by Nick Potts/PA Images via Getty Images)

“Anda boleh melihat dari golnya, bahawa dia memiliki kualiti. Saat anda melihat pemain yang mencetak gol seperti ini, anda harus berkata bahawa mereka ada kualiti. Kami sedar betapa pentingnya dia untuk kelab ini, dan kami hanya ingin dia bertahan,” jelas Willian.

Perlawanan menentang Sheffield Wednesday merupakan penampilan ke-9 buat Hudson-Odoi untuk The Blues. Setakat ini, beliau telah mengumpul dua gol dan juga satu bantuan gol.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN