Willian terus menunjukkan rasa tidak puas hati beliau dengan Antonio Conte. Terbaru beliau menyatakan yang tidak mungkin beliau akan kekal di Chelsea jika Conte masih menjadi pengurus Chelsea.
Sebelum ini wartawan juga bertanya adakah Willian benar-benar sakit hati dengan Conte sehinggakan gambar keraian kejuaraan Piala FA mereka, Willian menutup wajah Conte dengan emoji kepala dan memuat naik di akaun sosial.
Willian menyatakan itu adalah perbuatan anaknya yang bermain telefon beliau dan termuat naik gambar itu.
https://twitter.com/OhMyGoal_US/status/1027215361526194176
Masa depan Willian sebelum ini menjadi tanda tanya ramai pihak, selepas dikaitkan dengan Barcelona dan Manchester United.
Beliau menyatakan jika Conte masih ada, beliau akan cuba sedaya upaya untuk berpindah ke kelab lain.
“Ada peluang tak saya akan kekal jika Conte masih jadi pengurus? Jawapannya tidak!”
Walaupun masih baru berkenalan dengan Sarri, Willian sudah merasakan pengurus itu jauh lebih baik daripada Conte.
Ini kerana menurut Willian, Maurizio Sarri lebih suka ‘bermain bola sepak’ berbanding dengan Conte yang sukakan pendekatan defensif dan cuba menyerang balas lawan.
Lebih sukan bermain bola sepak merujuk kepada bola sepak terbuka dan menyerang.
Jika beliau terpaksa keluar daripada Chelsea, Willian tidak menolak kemungkinan bergabung semula dengan Jose Mourinho, jika ada peluang.
Namun begitu, Willian menyatakan beliau selesa dengan Sarri dan fokus kembali untuk bersama dengan Chelsea.
“Saya di sini kerana saya mahu bermain untuk Chelsea. Saya hanya akan pergi jika mereka mahukan saya pergi.”
“Kami ada ramai pemain penyerang yang berkualiti seperti Eden Hazard dan Pedro. Pemain-pemain ini mahu bermain ‘bola sepak’.”
“Sebab itu Sarri selalu bercakap tentang bola sepak yang menyeronokkan kepada kami, bermain dengan binaan serangan dari pertahanan. Ini yang kami akan cuba lakukan musim ini.”
“Inilah yang kami lakukan di Brazil dan cuba untuk mainkannya di sini, bermain dengan skil, gerakan dan pengurus meminta kami melakukannya.”