Quantcast

BERITA

Willian Pacheco Perkuatkan Benteng Pertahanan Selangor

Bekas tonggak import kelab Liga 1 Indonesia, Persija Jakarta musim lalu iaitu Willian Silva Costa Pacheco sah menjadi milik Gergasi Merah itu apabila menandatangani kontrak selama setahun untuk mengukuhkan benteng pertahanan pasukan Juara Piala Malaysia 33 kali.

Pemain berusia 25 tahun itu tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) semalam bagi memulakan sesi latihan pra musim bersama Gergasi Merah sebagai persiapan menghadapi musim baru Liga Malaysia yang lebih sengit.

Pacheco yang juga bekas pemain skuad Bawah 20 tahun (B-20) Brazil itu mampu menguatkan kembali benteng Selangor selepas ketiadaan tonggak B-23 kebangsaan, Adam Nor Azlin yang menyertai juara Liga Super 2017, Johor Darul Ta’zim (JDT).

Selangor telah menandatangani 4 pemain import setakat ini. FOTO: Selangor FA

Menurut sumber daripada Bernama, beliau yang memiliki ketinggian 1.95 meter mampu memainkan peranan ketika menyerang apabila beliau sebelum ini berjaya menjaringkan lima gol sepanjang 60 penampilan bersama Persija Jakarta.

Sebelum ini, Pacheco menghadapi masalah untuk menyertai Selangor kerana tidak mendapat surat perlepasan daripada Persija Jakarta. Konflik itu akhirnya berjaya diselesaikan dengan baik oleh ejennya setelah berbincang dengan pihak pengurusan daripada kedua-dua pasukan.

Musim ini, Selangor di bawah kendalian ketua jurulatih P Maniam terus mengekalkan tradisi mempertaruhkan pemain import dari Indonesia apabila turut membawa masuk dua tonggak B-23 Indonesia, Evan Dimas dan Ilham Udin Armaiyn.

Mereka turut ‘menaikkan pangkat’ lapan pemain muda yang berjaya membantu Selangor merangkul gelaran juara Piala Presiden 2017.

Maniam juga kemungkinan akan bawa masuk pemain import kelima jika mendapat lampu hijau daripada pihak pengurusan.

Beliau menjelaskan perancangan mendapatkan pemain import yang akan mengisi slot import kelima itu akan diputuskan oleh pengurusan terlebih dahulu.

“Kalau boleh tambah seorang lagi pemain import, itu sudah cukup bagus, tetapi semuanya bergantung kepada ‘lampu hijau’ daripada pengurusan.

“Kita tidak menyasarkan mana-mana pemain ketika ini tetapi jika mendapat kebenaran, kemungkinan besar saya akan mendapatkan pemain di posisi penyerang atau pemain tengah bertahan,” katanya pada sesi latihan di Padang Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK)

Kami perlukan bantuan anda.

Saban hari, semakin ramai peminat bola sepak membaca Semuanya BOLA. Seiring dengan pertambahan pembaca ini, kos operasi kami turut meningkat. Jadi anda boleh nampak kenapa kami perlukan bantuan anda. Untuk memastikan penulis-penulis kami dapat terus membekalkan konten-konten yang tidak bias dan berkualiti kepada anda, duit dan kerja keras sangat diperlukan. Tetapi kami buat juga kerana kami percaya anda berhak mendapat maklumat berkualiti dari media yang telus, bebas dan terbuka.

Sumbangan anda membolehkan masa depan penulis-penulis kami terus terjamin. Dengan hanya RM5, anda boleh menyokong Semuanya BOLA - dan ia hanya mengambil masa 1 minit. Terima kasih.

atau Beri Sumbangan

KEMASKINI TERUS KEPADA ANDA!

Jadi yang pertama mendapatkan kemaskini dari kami melalui emel!