Jarang ada pemain yang macam William Gallas, bermain dengan 3 pasukan utama London di dalam karier beliau.
Gallas pernah menjadi pemain penting di Chelsea. Beliau kemudian pernah menjadi kapten Arsenal dan kemudiannya bermain untuk Spurs.
William Gallas memberikan respon kepada Arsene Wenger yang menggunakan ayat propaganda untuk isu Alexis Sanchez.
Ketika ditanya wartawan tentang cerita tentang Alexis Sanchez masih belum menentukan sama ada akan kekal di Arsenal.
Sebaliknya penyerang dari Chile itu menggambarkan akan kekal di Kota London. Buat masa ini beliau hanya fokus untuk menghabiskan kontrak semasa dengan Arsenal.
Nanti baru beliau akan tentukan sama ada akan terus kekal bersama Arsenal ataupun ke pasukan lain.
Arsene Wenger berseloroh:
“Jadi, anda tidak perlu risau kerana hanya ada 1 pasukan sahaja di London.”
Ia memang mendapat respon yang panas daripada peminat bola sepak yang menganggap Wenger gila ketika mengeluarkan kenyataan tersebut.
Hakikatnya Arsenal adalah pasukan yang lebih banyak koleksi kejuaraan berbanding dengan mana-mana pasukan di London.
Namun Gallas ada pandangan yang berbeza. Beliau sudah bermain untuk 3 pasukan London tersebut sepanjang 12 tahun karier di EPL.
Gallas memenangi 2 EPL dan 2 Piala FA. Dan kesemua kejohanan itu dimenangi oleh Gallas dengan Chelsea.
Bercakap kepada Talksport, Gallas berkata:
“Pasukan terbesar di London adalah Chelsea. Mereka kini berada di puncak liga dan saya percaya akan menjuarainya musim ini.”
“Mereka sudah ada 4 EPL. Jika nak dibandingkan dengan Arsenal dan Spurs, satu perkara yang membuatkan Chelsea pasukan terbaik di London adalah kerana, mereka pernah memenangi UCL.”
Baca juga: Annuar Musa Minta FAM Bersabar, Potong Mata Bukan Jalan Penyelesaian