Wilfried Zaha Ibaratkan Kehidupan Di Manchester United Seperti Di Neraka

Wilfried Zaha berkata Manchester United gagal memberikan sokongan yang sewajarnya kepada beliau setelah pemain itu tiba dari Crystal Palace dengan tanda harga £10 juta pada 2013.

Dan Zaha turut mendedahkan beliau mengalami depresi kerana kegagalan bersama juara 20 kali Liga Inggeris itu.

Zaha ialah pemain terbaik yang dibawa masuk oleh Sir Alex Ferguson sebelum pengurus legenda itu bersara.

Pada usia hanya 19 tahun ketika itu, Zaha diberikan kontrak selama lima tahun setengah, sebelum pemain tersebut dibenarkan menghabiskan baki musim di Crystal Palace secara pinjaman.

(Photo by Mike Egerton/PA Images via Getty Images)

Penampilan pertama dengan jersi United, hanya tiba ketika era David Moyes, dalam perlawanan Piala Komuniti.

Selepas itu Zaha hanya tampil di dalam dua perlawanan sebagai pemain gantian, sebelum dilepaskan ke Cardiff secara pinjaman pada Januari 2014.

Pemain yang memilih Ivory Coast sebagai negara yang diwakili untuk perlawanan antarabangsa itu kemudiannya kembali menyertai Crystal Palace, juga secara pinjaman sebelum Palace menjadikan perpindahan itu tetap pada 2015.

Dalam satu temuramah dengan Shortlist, Zaha meluahkan kekecewaan bagaimana beliau dilayan di United, dan melabel pengalaman beliau di kelab tersebut seperti di neraka.

(Photo by Martin Rickett/PA Images via Getty Images)

“Jelas sekali ia bukan mudah di United. Saya tidak diberikan banyak peluang di sana.

“Saya tidak menyesal sama sekali kerana ia membuatkan saya lebih kuat pada hari ini. Ia seperti saya boleh berhadapan dengan apa jenis cabaran pada hari ini,” ujar Zaha.

“Saya melalui banyak perkara bersama United dan juga England. Ada khabar angin mengatakan saya meniduri anak perempuan David Moyes.

“Ia tidak benar, dan tidak ada sesiapa pun yang tampil untuk menjelaskan perkara sebenar. Ia seperti saya berlawan sendirian di sana.

“Saya berhadapan dengan perkara sebegitu pada usia 19 tahun, dan tinggal di bandar Manchester sendirian. Saya tidak boleh memilih tempat tinggal kerana kediaman telah diatur oleh pihak kelab.

Manchester United manager David Moyes (left) gives instructions to Wilfried Zaha (right) on the touchline (Photo by Mike Egerton – EMPICS/PA Images via Getty Images)

“Mereka tidak memberikan saya kenderaan. Tidak ada apa-apa langsung.

“Ia seperti saya tinggal di neraka sendirian, jauh dari keluarga dan saya berfikir: Jika ini tidak menjadikan saya lebih kuat, apa lagi yang akan mengajar saya?

“Saya memiliki banyak wang ketika bersama United. Tetapi saya murung ketika di sana. Ramai berpendapat hidup saya berlainan kerana mempunyai wang.

“Mereka berpendapat anda popular. Dan mereka tidak melayan anda dengan cara yang sama seperti orang lain,” tambah Zaha lagi.

Zaha memilih untuk mewakili Ivory Coast pada 2016, walaupun sebelum itu pernah beraksi dengan England dalam dua perlawanan persahabatan antarabangsa ketika di bawah kendalian Roy Hodgson.

Crystal Palace’s Wilfried Zaha and manager Roy Hodgson during the Premier League match at the Kirklees Stadium, Huddersfield. (Photo by Mike Egerton/PA Images via Getty Images)

Ditanya sama ada beliau menyesal dengan pilihan tersebut, Zaha berkata:

“Tidak. Saya tidak mahu beraksi mewakili England kerana saya sudah berada di sini sejak berusia 4 tahun.

“Kemudian ia membuatkan saya berfikir: ‘Apa lagi yang saya perlu tunggu. Saya juga mahukan karier antarabangsa. Adakah benar saya akan mendapat peluang beraksid dengan England?

“Ivory Coast sudah bertahun mahukan saya beraksi bersama mereka. Negara itu dan penyokong mereka sayangkan saya, dan selama ini saya hanya berdiam diri.

PARIS, FRANCE – MARCH 27: Wilfried Zaha of the Ivory Coast holds off Kara Mbodj of Senegal during the International Friendly match between the Ivory Coast and Senegal at the Stade Charlety on March 27, 2017 in Paris, France. (Photo by Dan Mullan/Getty Images)

“Saya mungkin tidak mendapat karpet merah atau durian runtuh dalam bentuk perjanjian dengan Nike jika seperti saya bersama England.

“Namun saya gembira kerana mempunyai peluang beraksi, dan tidak ada perkara lain yang saya inginkan.

“Apabila menyaksikan Piala Dunia 2018 yang lalu, sudah tentu perasaan tidak senang itu ada. Itu kerana Ivory Coast sepatutnya berada di Rusia,” jelas Zaha lagi.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN