Wijnaldum Kecewa Sekiranya Tidak Diturunkan Selaku Kesebelasan Utama Di Madrid

Wijnaldum

Georginio Wijnaldum tanpa berselindung menjelaskan bahawa beliau kecewa sekiranya tidak diturunkan sebagai kesebelasan utama pada aksi final Liga Juara-Juara Eropah bertemu Tottenham Hotspur nanti.

Wijnaldum, 28 tahun, memainkan peranan cukup penting ketika kebangkitan luar biasa separuh akhir kedua menentang Barcelona di Anfield apabila berjaya menjaringkan dua gol selepas dimasukkan pada minit ke-46.

Bagi pemain kelahiran Rotterdam, Belanda itu, beliau menyifatkan perasaan marah atau kecewa tidak diturunkan sebagai kesebelasan utama pasukan adalah perkara yang normal.

”Tiada jaminan anda akan beraksi tetapi kita sama-sama nantikan.”

”Saya sangat marah (diletakkan di bangku simpanan ketika menentang Barcelona) tetapi ia adalah perkara normal.”

”Ia merupakan tanda yang teruk sekiranya anda gembira untuk berada di bangku simpanan.”

”Saya hanya mahu beraksi seberapa banyak perlawanan yang mungkin, terutamanya pada perlawanan seperti ini (final UCL). Saya merasakan semua orang akan kecewa sekiranya mereka tidak dapat beraksi.”

”Saya kecewa tetapi akhirnya anda akan bermain sebagai satu pasukan. Kami mempunyai satu pasukan yang sentiasa menyokong antara satu sama lain, menjalankan tugasan anda dan cuba untuk membantu pasukan meraih kemenangan.”

”Apabila saya dimasukkan, saya akan memberikan segalanya dan kemudiannya kita akan lihat apa yang bakal berlaku.”

Pada final bertemu Real Madrid di Ukraine musim lalu, Wijnaldum beraksi 90 minit permainan, namun beliau kecewa selepas Liverpool tewas 1-3 hasil dua jaringan Gareth Bale dan gol pembukaan yang mudah daripada Karim Benzema.

 

 

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN