Pemain baharu Paris Saint-Germain (PSG), Gini Wijnaldum menafikan yang kehadirannya ke kelab tersebut bukanlah kerana wang.
Wijnaldum memilih ke PSG selepas lama dikaitkan dengan Barcelona dengan perkhabaran mengatakan yang dirinya menerima gaji yang jauh lebih tinggi di Perancis berbanding Sepanyol.
Namun begitu, itu bukanlah motivasi sebenar Wijnaldum untuk ke PSG.
Ujar Wijnaldum, pengaruh utama beliau ke sana adalah kerana Mauricio Pochettino dan projek yang dibinanya di sana.
Hubungan antara Wijnaldum dengan Pochettino telah terbina sejak mereka berdua berada di England lagi dan ini juga membantu kenapa pemain itu mahu ke sana.
“Mauricio Pochettino ada mengatakan yang dia mahu mengambil saya sebagai pemain. Ketika itu saya sudah merasakan sesuatu yang bagus untuk bekerja dengannya.”
“Beliau jelaskan kepada saya projek yang hendak beliau lakukan di PSG iaitu terus menjuarai piala di Perancis dan mendapatkan kejuaraan di Eropah. Sejak dari itu perbincangan kami berlangsung dengan baik mereka lakukan apa sahaja untuk pastikan saya sertai mereka,” kata Wijnaldum menerusi RMC.
Wijnaldum mengakui beliau mengalami kesukaran dalam memilih antara dua kelab ini pada mulanya kerana Barcelona adalah kelab kegemarannya sejak kecil.
Dalam masa yang sama, beliau menafikan yang penyertannya ke PSG adalah disebabkan wang semata-mata. Sebaliknya, ianya disebabkan PSG yang lebih pantas menyambarnya.
“Mereka lebih pantas menyiapkan urusan yang diperlukan dan perbezaan kekayaan kedua-dua kelab bukannya ketara sangat.”
“Saya nafikan yang saya sertai PSG kerana wang, kerana sejak beberapa tahun ini apabila PSG mengambil pemain baharu media pasti akan kaitkan perpindahan pemain tersebut adalah kerana wang.”
Baca juga artikel kami yang lain:
Apa Jadi Kepada Master League Selepas PES Dijenamakan Menjadi eFootball?
Manchester United Kini Sedia ‘Sailang’ Ruben Neves Dari Arsenal
Louis Van Gaal Bakal Kembali Kendali Skuad Belanda Sekali Lagi