“WhatsApp Punca Tersebar Cerita Tak Benar” – Kedah Terima Permohonan Maaf Isu Fitnah

Sebentar tadi laman rasmi Facebook Kedah Darul Aman (KDA) telah mengeluarkan kenyataan terbaharu mengenai isu fitnah yang tersebar sebelum ini mengenai isu tunggakan gaji dalam kalangan para penyokong.

Menurut kenyataan sebelum itu, KDA telah mengatakan bakal mengambil tindakan keras buat individu yang telah mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah tersebut kerana dikhuatiri merosakkan nama kelab.

Antara kenyataan fitnah telah tersebar sebelum itu mengenai isu tunggakan gaji selama empat bulan yang telah dinafikan oleh KDA sekerasnya dan telah merosakkan imej kelab berkenaan di laman sosial oleh para penyokong bola sepak tempatan.

Susulan itu, seorang individu dikenali sebagai Muhammad Haikal Afiq telah merekodkan permohonan maaf atas penyebaran berita palsu tersebut menerusi peguamnya, Tetuan Fahmi Zhafri Ashraf & Co., dan mengakui cerita tersebut tidak benar.

“Saya, Muhammad Haikal Afiq, dengan suci hati dan tanpa paksaan dari mana-mana pihak mengakui bahawa kenyataan saya di aplikasi WhatsApp yang menjadi punca tersebar berita tidak benar berkaitan dengan isu kelewatan pembayaran gaji pemain KDA FC selama 4 bulan adalah fakta yang tidak tepat sama sekali dan tiada sebarang asas terhadap pernyataan tersebut.

“Saya akui bahawa ketelanjuran saya membuat hantaran Whatsapp tersebut telah secara langsung telah mencemarkan nama baik kelab KDA FC dan telah memalitkan nama baik YAB Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi Md Nor, Menteri Besar Kedah selaku Presiden Kedah FA.

“Saya juga ingin menyampaikan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak pengurusan tertinggi KDA FC yang sudi untuk menerima permohonan maaf saya ini dan mengendalikan isu ini dengan etika profesional yang tinggi.

“Saya dengan ini ingin memohon maaf kepada kelab KDA FC dan YAB Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi Md Nor atas ketelanjuran saya mengeluarkan kenyataan yang tiada sebarang asas kebenaran dan dibuat atas sebab emosi dan andaian persendirian semata-mata.

“Saya menasihatkan semua pihak diluar sana agar lebih bertanggungjawab dalam mengeluarkan apa-apa kenyataan dan memastikan sumber dan fakta yang betul sebelum menyebarkan kepada umum

“Saya berharap permohonan maaf ini diterima baik semua dan memohon agar perkara ini dapat diselesaikan tanpa perlu dipanjangkan ke Mahkamah,” jelas dirinya menerusi kenyataan media tersebut.

Dalam masa sama KDA juga menasihati orang ramai agar segala berita palsu berkenaan dipadam serta disebar yang menjurus kepada imej buruk kelab berkenaan serta tindakan akan terus diambil sekiranya hal berkenaan masih berulang lagi.

Ikuti kami di TikTok!

Semuanya BOLA akhirnya telah tiba di TikTok! Ikuti akaun TikTok kami untuk dapatkan info ringkas dan santai mengenai bola sepak dalam bentuk video pendek sekarang.

Jom buat ramai di sana dengan ikuti di tiktok.com/@mysemuanyabola sekarang!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN