WFS Asia 2019 Berjaya Letak Nama Malaysia Di Peta Dunia

Seperti yang ramai ketahui, World Football Summit Asia (WFS Asia) telah belangsung selama dua hari bermula dari Isnin lalu sehingga ia berakhir pada hari ini. Persidangan selama dua hari yang menemukan pemain indsutri utama bola sepak dari seluruh dunia ini telah diadakan di Pusat Konvensyen Sunway Pyramid.

Persidangan tersebut telah diadakan buat pertama kali di Asia dan juga di negara ini, sekaligus telah meletakkan nama negara di peta bola sepak dunia.

Hamidin hargai usaha TMJ

Bercakap kepada pemberita pada hari ini, Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Dato’ Haji Hamidin Haji Mohd Amin berkata semua pihak harus berbangga kerana WFS Asia telah memilih Malaysia sebagai tuan rumah persidangan.

Untuk itu, Hamidin merakamkan penghargaan kepada bekas Presiden FAM, DYAM Tunku Ismail Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor (TMJ) yang merupakan pencetus kepada persidangan tersebut diadakan di negara ini.

“Kita tahu bahawa berlangsungnya persidangan World Football Summit (WFS) di Kuala Lumpur adalah hasil inisiatif DYAM Tunku Mahkota Johor selaku Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

“Baginda sebelum ini telah hadir dalam persidangan yang sama di Madrid dan telah mencetuskan idea ini dari segi perancangan sehinggalah terjadinya pada hari ini.

“Sebelum baginda meletakkan jawatan sebagai presiden, banyak perkara telah dilakukan oleh baginda termasuklah penstrukturan semula FAM dan persidangan WFS ini juga merupakan salah satu daripada ilham baginda.

“Saya sebagai presiden yang baru membawa kelangsungan perkara tersebut untuk diadakan dan saya cukup berpuas hati dengan persidangan ini dan ia juga telah mendapat sambutan yang tinggi,” ujar Hamidin.

Perkongsian ilmu

Hamidin juga mengesahkan 16 daripada 20 ahli gabungan FAM turut menyertai WFS Asia yang dianjurkan pada kali ini.

Selain daripada perkongsian daripada pemain-pemain industri dunia WFS Asia 2019 memberi peluang kepada peserta untuk membina ‘networking’ sesama mereka dalam membangunkan bola sepak.

Persidangan dua hari itu turut menyaksikan penglibatan 50 negara, lebih 2000 peserta, dan lebih 100 buah kelab dari serata dunia serta lebih 60 speaker melakukan perkongsian di dalam pelbagai topik berkaitan bola sepak.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN