West Ham United Cetus Isu Perkauman, Tetapkan Polisi Tak Akan Beli Pemain Afrika

Isu perkauman ini nyata berlaku di mana-mana.

Dalam kehidupan seharian kita turut berlaku masalah ini, dalam sukan bola sepak juga berlaku isu ini.

Baru-baru ini, kelab Premier League iaitu West Ham United telah mencipta kontroversi apabila telah menetapkan polisi perpindahan yang berunsurkan perkauman.

Pengarah pengambilan pemain kelab tersebut iaitu Tony Henry (gambar bawah) dikatakan telah menetapkan hala tuju kelab itu dengan tidak mahu mendapatkan lagi pemain yang berasal dari benua Afrika.

Tony Henry merupakan ketua bagi bahagian pengambilan pemain di West Ham United.

Semuanya berlaku selepas Henry menghantar emel kepada ejen pemain dengan beliau mengatakan beliau tidak mahu pemain dari benua Afrika.

Emel itu terhasil selepas salah seorang pegawai senior kelab yang juga ejen pemain mencadangkan seorang pemain Cameroon kepada Henry.

Dalam emel tersebut Henry menulis,

“Kami (West Ham United) tidak lagi mahukan pemain yang berasal dari Afrika dan pemain itu tidak cukup bagus.”

“Saya sudah hantar orang lain untuk melihat pemain itu dan beliau katakan pemain itu tidak bagus. Jika Crystal Palace dapatkan pemain itu, semoga berjaya buat mereka.”

Emel itu kemudiannya bocor dan berjaya sampai ke tangan pihak media di England.

Media di England kemudiannya cuba mendapatkan jawapan dari mulut Henry sendiri mengenai isu emel tersebut.

Henry kemudiannya mengaku mengenai emel tersebut dan beliau memang tidak mahu pemain Afrika ada di kelab tersebut.

“Kami mahu terhadkan bilangan pemain Afrika di kelab ini, kerana kami bimbang mereka akan lakukan masalah besar apabila kami tak bagi mereka main.”

“Tindakan ini bukanlah tindakan yang bersifat perkauman, tetapi kadang kala para pemain Afrika ini boleh buat perangai.”

Arthur Masuaku antara pemain yang baru-baru ini mencipta masalah.

Setakat ini West Ham United mempunyai 7 pemain dari benua Afrika yang beraksi untuk pasukan utama mereka.

Salah seorang pemain Afrika di kelab tersebut iaitu Arthur Masuaku baru-baru ini telah melakukan kontroversi selepas meludah pemain Wigan Athletic pada aksi FA Cup.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN