West Ham Tewas Kepada Kelab Kecil Romania Yang Hampir Bankrap Selepas Presidennya Dipenjara

FC Astra Giurgiu bukanlah pasukan yang terkenal seperti pasukan Romania lain seperti Dinamo Bucharest, Steaua Bucharest atau CFR Cluj.

Namun selepas berjaya menewaskan West Ham United 1-0 (2-1 secara agregat) di depan lebih 55,000 penyokong The Hammers di Stadium Olimpik London pada awal pagi tadi, nama kelab mereka kini mula dikenali seluruh dunia.

Apa yang membuatkan kemenangan FC Astra lebih manis adalah mereka sebenarnya merupakan pasukan paling bermasalah di Eropah ketika ini.

Berikut merupakan masalah-masalah yang sedang dihadapi FC Astra:

1. Pemilik kelab dipenjara

Pada April 2015, pemilik FC Astra Ioan Niculae – billionaire syarikat pertanian dan manusia terkaya di Romania – telah dihukum penjara 2 tahun 6 bulan oleh mahkamah.

Ioan didapati bersalah kerana merasuah beberapa pegawai dan individu semasa pilihan raya umum Romania. Ioan diibaratkan ‘membeli’ presiden yang beliau mahukan.

IOAN NICULAE - DIICOT

Dengan wang rasuah, beliau juga menguatkan pengaruh beliau dalam Parti Sosial-Demokratik (PSD) di Romania.

Sejak Ioan di penjara, FC Astra yang dikenali sebagai The Black Devils ini telah berhadapan dengan pelbagai masalah kewangan.

2. Pengurus Astra digantung Kesatuan Bola Sepak Romania

Segalanya menjadi lebih rumit apabila, tidak lama selepas itu, pengurus Astra, Marius Sumudica (gambar bawah) pula digantung oleh Kesatuan Bola Sepak Romania kerana terlibat dalam perjudian bola sepak.

Dengan penggantungan ini, Sumudica dilarang terlibat dengan mana-mana kejohanan bola sepak yang dianjurkan oleh Kesatuan Bola Sepak Romania.

Sumudica didapati bersalah selepas aktif bertaruh dalam perlawanan-perlawanan bola sepak antarabangsa serta perlawanan dalam Liga Romania, Liga Europa, dan Liga Juara-Juara Eropah.

Namun tidak ada bukti yang mengaitkan Sumudica bersalah mengatur perlawanan. Jadi, buat masa ini kejuaraan Astra masih lagi sah.

Hukuman beliau berkuatkuasa pada Mac 2016 sehingga September 2016.

3. Pemain-pemain terpaksa angkat kaki

Semasa pra-musim 2016/2017, FC Astra kehilangan beberapa pemain kerana masalah kewangan kelab yang tidak mampu menampung kos gaji pemain dan juga untuk kontrak lanjutan.

Mereka terpaksa bertahan dengan aliran dana yang terhad.

Ada sesetengah pemain mulai putus harapan dengan kelab ini kerana terlalu banyak kontroversi yang melanda dan ia akan menjejaskan imej mereka.

Disebalik masalah, berjaya singkirkan West Ham

Ini adalah kali kedua West Ham disingkirkan dari UEFA Europa League oleh lawan sama selepas kali pertama berlaku pada musim 2015/2016. Namun pada musim 2015/2016, West Ham tidaklah sekuat dan stabil seperti yang ada pada hari ini.

Pada hari ini West Ham ada ramai muka baru dalam pasukan. Mereka berbelanja sekitar £73 juta untuk pemain-pemain baru.

Walaupun Dimitri Payet tidak bermain dalam perlawanan ini, West Ham tetap mempunyai skuad yang lebih besar dari FC Astra dan lebih baik.

Walaupun FC Astra dilanda pelbagai masalah, mereka tetap berjuang dalam padang dengan mentaliti yang mereka miliki musim lalu.

Sebagai rekod, FC Astra berjaya mengikat West Ham 1-1 di tempat sendiri pada 19 Ogos 2016 yang lepas.

7 hari kemudian dalam perlawanan timbal balik di Stadium Olimpik London, FC Astra menang tipis 1-0 dan mara ke peringkat kumpulan Liga Europa musim ini.

Sebagai perbandingan, nilai kelab FC Astra hanya bernilai £15.3 juta. Mereka hanya membelanjakan £3.8 juta dalam pasaran perpindahan pemain pada musim ini.

West Ham pula telah membelanjakan £73.1 juta dalam jendela perpindahan kali ini. Malah mereka masih aktif mencari penyerang baru! Simone Zaza adalah penyerang yang diburu mereka.

Pengurus West Ham, Slaven Bilic tidak dapat menyembunyikan kekecewaan beliau selepas kekalahan yang mengejutkan itu.

Bilic menganggap mereka telah tewas salah satu sebagai perlawanan paling penting musim ini.

Beliau berkata:

“Saya rasa marah dan kecewa. Kami benar-benar mahu layak ke Eropah sebab itu kami berusaha bersungguh-sungguh musim lalu.”

Dari satu segi, penyingkiran dari cabaran Eropah ini ada positifnya. Kini West Ham boleh fokus kepada saingan domestik sahaja.

Baca juga : West Ham Ikut Jejak Wolfsburg, Tandatangani Gamers Sebagai Pemain eSports FIFA Rasmi

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN