Werder Bremen: Kelab Kecil Yang Berjiwa Besar

SEJARAH KELAB

Pembaca yang arif atau mengetahui secara dalam dengan sejarah Bundesliga mungkin akan ketawa apabila melihat keadaan Werder Bremen sekarang. Pasukan yang diberi jolokan “Grün-Weißen” atau “Hijau- Putih” ini tidak mempunyai musim yang baik setakat ini.

Mereka kini terperosok di dasar liga apabila berada di kedudukan ke-17, hanya memenangi 3 mata dari 18 mata yang boleh dimenangi.

Mereka tidaklah begitu teruk dalam bertahan sepanjang 5 perlawanan ini, hanya melepaskan 7 gol berbanding 6 pasukan lain yang melepaskan lebih banyak gol tetapi mereka tetap berada di dalam zon penyingkiran.

Werder Bremen
MOENCHENGLADBACH, GERMANY – JULY 15: Max Kruse of Bremen and Marco Friedl of Muenchen battle for the ball during the Telekom Cup 2017 Final between SV Werder Bremen and FC Bayern Muenchen at Borussia Park on July 15, 2017 in Moenchengladbach, Germany. (Photo by TF-Images/TF-Images via Getty Images)

Ya, pemain-pemain yang memakai jersi tradisi berwarna hijau ini masih beruntung dan masih mampu keluar dari zon penyingkiran dengan berbaki 28 perlawanan lagi, tetapi saya tetap menganggap bahawa Werder Bremen merupakan kelab yang sangat istimewa.

Dari permulaan yang buruk, Werder Bremen selalu melakukan sesuatu yang diluar jangkaan. Sejarah bermula dengan oleh beberapa remaja lelaki yang bermain bola sepak dalam pertandingan di sekolah, dan bermain bolasepak di padang  yang terletak di tepi sungai Weser, kelab itu telah berkembang menjadi ‘regular club’ di Bundesliga.

Mereka juga adalah sebahagian daripada 16 kelab asal yang dimasukkan ke Bundesliga pada tahun 1963, dan sejak itu, Werder Bremen hanya tersingkir sekali sahaja, iaitu ketika musim 1979/80.

Pengurus yang memastikan Bremen hanya menghabiskan satu musim di 2. Bundesliga, adalah orang yang sama yang membawa pasukan ke dalam zaman emas pertama bagi SV Werder Bremen iaitu Otto Rehhagel.

Rehhagel, jurulatih yang pernah membawa Greece memenangi Kejohanan Eropah 2004 di Portugal, mempromosikan Werder Bremen dari divisyen kedua naik ke Bundesliga dan kemudiannya memenangi liga dengan mudah pada musim 1980/81, dengan menggunakan gaya bolasepak bertahan unik dan pertahanan tengah yang kreatif, beliau membimbing Werder Bremen untuk dua gelaran liga di musim 1987/88 dan 1992/93.

Kejayaan lain selain dariapda dua gelaran Bundesliga itu, Werder Bremen juga menjadi naib juara liga empat kali, memenangi DFB Pokal dua kali, dan juga meraikan kejayaan peringkat Eropah dengan UEFA Cup Winners Cup pada tahun 1992. Dalam tempoh 13 tahun antara tahun 1981 – 1993, mereka merupakan kuasa besar di Bundesliga selain Bayern Munich & Borussia Dortmund.

BREMEN – MAY 14: Head coach Otto Rehhagel of Bremen celebrates winning the German Football Championship with the trophy after the Bundesliga match between Werder Bremen and Hamburger SV at the Weserstadium on May 14, 1988 in Bremen, Germany. (Photo by Bongarts/Getty Images)

Selepas pemergian Rehhagel pada tahun 1995, kelab itu berada dalam keadaan bergolak. Selepas empat jurulatih dalam tempoh empat tahun dan kelab itu semakin hampir dengan penyingkiran, bekas pemain legenda Werder Bremen yang pada masa itu, sudah merupakan jurulatih amatur, Thomas Schaaf, mengambil alih jawatan pengurus kelab pada bulan Mei 1998/99.

Keputusan ini adalah satu pertaruhan besar oleh lembaga pengarah Werder Bremen pada masa itu, tetapi Thomas Schaaf yang luar biasa berjaya mengubah pasukan itu sepenuhnya dan pada musim 2003/04 ia memenangi Bundesliga yang amat kompetitif pada ketika itu dan DFB Pokal, satu-satunya rekod yang menyamai oleh empat buah pasukan lain dalam sejarah Bundesliga.

Schaaf menghabiskan 14 tahun menguruskan Werder Bremen, dan beliau turut berjaya menambah satu lagi DFB Pokal ke kabinetnya dan layak ke Liga Juara-Juara selama lima tahun berturut-turut dari tahun 2004 sehingga 2009.

BREMEN, Germany: (L to R) Brazilian Ailton and trainer Thomas Schaaf of Werder Bremen celebrate with the trophy of the German Cup winner, 30 May 2004 at the balcony of the city hall of Bremen, one day after Bremen defeated second division club Alemannia Aachen by 3-2 in the final of the German football cup in Berlin. Werder Bremen became only the fourth German team to win a league and cup double. AFP PHOTO DDP/DAVID HECKER GERMANY OUT (Photo credit should read DAVID HECKER/AFP/Getty Images)

Schaaf meninggalkan kelab dengan persetujuan bersama pada tahun 2013 selepas mengakhiri musim di tempat ke-14 yang bagi beliau amat mengecewakan, dan pada masa ini Werder Bremen sama seperti ketika keadaan mereka pada lewat 90-an, tetapi jika sejarah boleh merujuk pada masa depan, kita sentiasa mengharapkan kelab yang kaya dengan sejarah Bundesliga untuk kembali kompetitif dan berkuasa.

BUDAYA DAN PEMINAT

SV Werder Bremen bermain di Weserstadion, dinamakan kerana lokasi yang terletak bersebelahan sungai Weser. Ia mempunyai kapasiti lebih dari 42,000 tempat duduk dan telah dibina semula sepenuhnya pada tahun 2008 dan kini mempunyai panel solar untuk mengalirkan elektrik bagi kegunaan stadium itu sendiri.

Werder Bremen
Pemandangan di Weserstadion.

Peminat Werder Bremen adalah istimewa, mereka tidak sekadar ke stadium dengan berjalan kaki, menaiki bas atau menaiki tram, tetapi mereka juga ke stadium dengan menaiki ‘cruise’. Penduduk tempatan bertukar menjadi berbondong-bondong memakai jersi atau baju berwarna hijau & putih untuk menghadiri perlawanan pasuka yang mewakili bandaraya Bremen dalam sukan bolasepak di Jerman ini.

Makanan kegemaran orang Bremen pada hari perlawanan juga istimewa iaitu ikan dan sandwic bawang, yang kelihatan seperti menyelerakan dan lagu kelab itu “I’m Gonna Be (500 Miles)” oleh The Proclaimers, yang dinyanyikan selepas setiap gol.

Wilayah utara Jerman ini mempunyai salah satu derbi yang terbaik dalam bola sepak Jerman selain Der Klassiker, Nordderby yang melibatkan dua bandaraya-negeri (city-state). SV Werder Bremen mewakili bandaraya Bremen dan Hamburg SV mewakili bandaraya Hamburg yang kedua-dua bandaraya ini  terletak di utara Jerman.

Selamat terus mengenali Bundesliga!

 

Nota editor: Artikel ini merupakan hasil kiriman pembaca kami yang bernama Muhammad Sofwan Zulkepli. Jika anda mahu tulisan anda dibaca oleh jutaan rakyat Malaysia, hantar artikel 300 patah perkataan anda dalam format MS Word ke [email protected] .

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN