Wenger Tidak Puas Hati Jadual Perlawanan Terlalu Padat

Pengurus Arsenal, Arsene Wenger meluahkan rasa tidak puas hatinya terhadap jadual perlawanan Liga Perdana dan mendakwa Chelsea diberi kelebihan menjelang pertemuan kedua-dua pasukan, Rabu ini.

Selain menyalahkan jadual perlawanan, Wenger turut mengkritik mutu pengadilan selepas pasukannya seri 1-1 di West Bromwich Albion dan beliau turut berang dengan kenyataan yang dikeluarkan legenda Gunners, Thierry Henry.

“Anda tidak boleh memberikan West Brom tempoh selama lima hari untuk menyiapkan diri sebelum mengharungi perlawanan ini sedangkan kami hanya diberikan rehat tiga hari,” kata Wenger.

“Saya sedia bermain setiap hari asalkan lawan kami juga begitu. Ia bukan sesuatu yang normal.

“Untuk menentang Chelsea nanti, kami juga berdepan masalah sama. Mereka bermain semalam, kami bermain hari ini. Justeru, mereka beroleh rehat lebih sehari berbanding kami.”

Beliau turut mengkritik mutu pengadilan selepas lawan mendapat penalti pada lewat permainan yang disempurnakan Jay Rodriguez membolehkan West Brom mencatat seri.

“Saya marah dan kecewa kerana perkara sebegini sering berulang.

“Saya sudah sering berusaha untuk membolehkan pengadil menjadi lebih profesional. Usaha itu bermula sejak bertahun lalu tetapi saya tidak melihat perubahan.

“Akhirnya, hanya ada dua negara Eropah yang memiliki pengadil profesional iaitu di Itali dan England tetapi pada masa sama, tidak seorang pun pengadil berbangsa Inggeris dibawa ke Piala Dunia.

“Kita tidak boleh berkata apa-apa ke atas mereka kerana mereka ini tidak boleh disentuh.” katanya.

Pengulas televisyen dan juga bekas pemain Gunners, Theirry Henry mendakwa wujudnya perpecahan di dalam pasukan Arsenal selepas perlawanan itu.

“Saya tidak akan mendengar apa yang beliau (Henry) katakan,” kata Wenger.

“Saya hanya menumpukan perhatian kepada masalah saya sendiri. Ia lebih penting.

“Mereka semua ini dibayar untuk bercakap tidak kira sama ada ia benar atau tidak.”

West Brom masih belum mencatat sebarang kemenangan sejak di bimbing Pardew yang turut bersimpati dengan Wenger berhubung isu penalti pada lewat permainan itu.

“Saya sendiri pasti kecewa jika ia berlaku ke atas kami,” kata Pardew.

“Ia satu keputusan yang sukar. Jelas dilihat bahawa bola terkena lengannya dan kita sendiri sebenarnya tidak jelas apakah istilah sebenar bola yang ‘terkena tangan’.

“Saya faham mengapa Arsene marah tetapi kami berhak mendapat keputusan seri ini.

“Kami sudah mengharungi tiga atau empat perlawanan yang sengit. Kami bersaing hebat dengan Arsenal walaupun ia tidak berlaku setiap kali tetapi kami ada juga melancarkan serangan ke atas mereka.

“Ia sesuatu yang menggembirakan saya. Apa yang mahu saya perkatakan ialah kami semakin mantap.” katanya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN