Kerana Wenger Tak Mahu Bayar Lebih, Arsenal Terlepas Dapatkan Mbappe

Kisah ini pastinya membuatkan penyokong Arsenal semakin sakit hati dengan Arsene Wenger.

Wartawan ulung Sky Sports, Guillem Balague mendedahkan sebuah kisah lama yang pastinya membuatkan penyokong Arsenal kecewa.

Sebelum ini, pasti anda pernah mendengar khabar yang Arsenal ada cuba untuk mendapatkan penyerang muda AS Monaco iaitu Kylian Mbappe bukan?

Cerita itu benar, dan Mbappe hampir saja menyertai Arsenal kerana kagumnya beliau terhadap kejayaan Wenger dalam membangunkan para pemain muda yang sering menjadi tunjang pengurusan beliau.

Namun begitu, langkah Mbappe ke Arsenal terhenti apabila Wenger tidak mahu membayar lebih wang untuk mendapatkan pemain itu.

Wenger dan Arsenal diminta untuk membayar sejumlah wang komisen sebanyak €7-8 juta kepada keluarga Mbappe.

Akan tetapi, mereka tidak mahu untuk membayar jumlah tersebut lantas urusan pembelian Mbappe terbatal.

Kami tidak pasti sebab sebenar mengapa Wenger dan Arsenal membuat keputusan untuk tidak membayar jumlah komisen yang disifatkan sebagai jumlah yang kecil untuk kelab utama di Premier League.

Kini, Mbappe dalam perjalanan untuk menyertai Paris Saint-Germain sebagai pemain pinjaman dengan pilihan untuk membelinya sebagai pemain tetap.

Sumber: 

  1. 90min (2017): Guillem Balague Posts Shocking Twitter Revelation About Arsenal’s Attempts to Sign Mbappe Last Year; http://www.90min.com/posts/5460697-guillem-balague-posts-shocking-twitter-revelation-about-arsenal-s-attempts-to-sign-mbappe-last-year

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN