Penguus Arsenal, Arsene Wenger berkata, Mesut Ozil dan Alexis Sanchez akan kekal di Arsenal walaupun sesuatu yang sukar dipercayai berlaku.
Wenger masih yakin 2 pemain tersebut akan melanjutkan kontrak di Arsenal. Kontrak semasa Ozil dan Sanchez akan berakhir pada hujung musim ini.
Ditanya wartawan tentang, adakah Ozil dan Sanchez akan kekal di Arsenal pada Januar ini? Wenger menjawab:
“Ya, sudah tentu.”
“Selain daripada Alexis dan Ozil, Wilshere juga menarik minat beberapa pasukan EPL. Namun saya akan cuba untuk memastikan beliau akan kekal dalam pasukan ini, kerana dia adalah pemain berkualiti.”
Wilshere masih belum memulakan sebarang perlawanan EPL. Namun Ozil dan Alexis adalah pemain penting dalam skuad Wenger seperti beberapa musim sebelum ini.
Sanchez cemerlang dengan 56 gol daripada 113 penampilan. Manakala Ozil setakat ini sudah melakukan 45 bantuan gol dalam EPL sejak menyertai Arsenal pada 2013.
Wenger tidak meragui komitmen 2 pemain tesebut. Menurut Wenger, Ozil dan Sanchez akan sentiasa memberikan yang terbaik selagi-lagi ada di dalam pasukan.
Wenger juga tidak mahu memberikan jaminan bahawa beliau boleh menghalang 2 pemain ini jika mereka mahu pergi pada Januari ini. Ini kerana keputusan itu juga terletak di tangan pemain.
Januari ini adalah peluang terakhir untuk Wenger menjual 2 pemain ini, jika mereka tidak menandatangani kontrak lanjutan. Ini kerana, selepas itu 2 pemain ini akan menjadi ejen bebas.