Wenger Menang Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat, Mourinho Berikan Penghargaan

Satu dewan tergamam dengan video ucapan penghargaan oleh Jose Mourinho kepada Arsene Wenger. Mana tidaknya, Mourinho dan Wenger antara seteru yang seringkali berbalah di dalam arena pengurusan bola sepak.

Antara yang kita semua ingati ketika Mourinho melabel Wenger sebagai ‘specialist in failure’ serta seorang ‘voyeur’. Kedua-dua pengurus pernah bercakaran di tepi padang.

Arsene Wenger diberikan Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat dalam Anugerah Sukan Dunia Laureus yang berlangsung di Monaco.

Wenger menjadi pengurus yang membawa kegemilangan kepada Arsenal termasuk menjuarai EPL dengan status ‘Invincibles’. Sepanjang bersama Arsenal beliau membantu kelab itu menjulang 3 EPL dan 7 Piala FA. Beliau dianggap jurulatih terbaik yang pernah dimiliki oleh Arsenal.

Wenger gembira menerima anugerah tersebut di hadapan atlet dan jurulatih yang hebat. Beliau juga memberitahu bahawa, dalam kehidupan, kita perlu memberi dan menerima. Namun kehidupan seorang jurulatih kebanyakannya mereka memberi daripada menerima.

Mourinho dalam video penghargaan menganggap Wenger sebagai salah seorang pengurus terbaik dalam sejarah bola sepak.

Jose Mourinho berkata: “Ianya ada episod lain di sepanjang jalan. Saya hanya bercakap daripada sudut padangan peribadi. Saya sangat menikmati persaingan. Namun rasa hormat yang sebenar sentiasa ada [kepada Wenger]. Beliau mencipta banyak sejarah dalam dunia bola sepak.”

Wenger mengakui beliau terkejut dengan ucapan daripada Mourinho kerana sebelum ini mereka berdua kerapkali tidak sehaluan. Namun bagi Wenger, masa telah mengubah segalanya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khasย untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN