Wenger: “Saya Telah Membina Kelab Ini, Perlukan Masa Sebelum Buat Sebarang Keputusan”

Arsene Wenger telah memberikan mesej keras kepada pengkritik di luar sana dalam sidang media terbaru beliau sebelum perlawanan menentang Bayern Munich.

Arsenal akan berhadapan dengan Bayern Munich dalam perlawanan timbal balik di selepas tewas 5-1 di Allianz Arena.

Kem Arsenal kelihatan lebih positif setelah Alexis Sanchez menghantar mesej motivasi di akaun sosial instagram beliau.

Sanchez kemudian hadir ke pusat latihan dengan senyuman dan dilihat mesra dengan Arsene Wenger.

Namun berita yang kurang enak adalah ketiadaan Mesut Ozil. Pemain antarabangsa Jerman ini masih tidak dapat beraksi walaupun sudah kembali ke dalam sesi latihan.

Ini kerana Ozil masih lagi sakit. Jadi, ia adalah tamparan hebat dalam usaha Arsenal mengejar misi mustahil yang tidak mustahil (impossible possible mission).

Dalam sidang media semalam, Wenger ditanya tentang tekanan dari beberapa pihak yang mahukan beliau berundur dari Arsenal.

Pengurus berbangsa Perancis ini menjawab:

“Rasanya, saya telah membina kelab ini. Saya mahukan kelab ini berjaya. Sebab itulah saya perlu mengambil sedikit masa sebelum membuat sebarang keputusan.”

Ditanya tentang kenapa beliau tidak menurunkan Alexis Sanchez dalam kesebelasan utama menentang Liverpool. Wenger menjawab:

“Ianya lebih kepada isu aksi secara berpasukan bukannya tentang individu. Permainan kami dibina berdasarkan aksi kolektif.”

Baca juga: Analisis: Bagaimana 4 Gol Kedah Terhasil Ketika Menentang Melaka

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN