Wenger Mahu Menjuarai Europa League Sebelum Tinggalkan Arsenal

Baru-baru ini, pengendali Arsenal, Arsene Wenger mengumumkan beliau akan melepaskan jawatanya pada penghujung musim ini setelah lebih 21 tahun berkhidmat dengan kelab London Utara itu.

Oleh itu, Wenger mahu pengakhiran yang indah di Arsenal sambil mengakui perlawanan separuh akhir kedua Liga Europa menentang Atletico Madrid, awal pagi Jumaat ini akan mempengaruhi masa depan kelab itu.

Arsenal, yang terkeluar daripada kelompok empat terbaik Liga Perdana Inggeris perlu memenangi kejohanan kedua Eropah itu untuk layak ke Liga Juara-Juara.

Kekalahan pula bermakna Wenger akan menamatkan tempoh 22 tahun selaku pengurus bersama kelab Inggeris itu dengan nota mengecewakan.

Atletico dianggap pilihan selepas mencatat keputusan seri 1-1 pada perlawanan pertama di London, minggu lalu dengan skuad kendalian Diego Simeone itu tidak pernah tewas dalam aksi La Liga di gelanggang sendiri, musim ini.

“Saya mahu menyempurnakan kerja saya dengan baik,” kata Wenger.

“Saya fikir seorang lelaki perlu memberikan yang terbaik selagi dia masih berada di sesuatu tempat.

“Dengan kesemua komitmen dan tenaga, saya mahu keluar daripada Arsenal satu hari nanti dengan mengetahui sehingga hari terakhir saya kekal fokus terhadap Arsenal.

“Apabila kerja saya di Arsenal sudah berakhir, saya mahu menamatkan kisah cinta ini dengan baik.” jelasnya.

(Photo by Stuart MacFarlane/Arsenal FC via Getty Images)

Disebalik pencapaian di pentas domestik yang dianggap mengagumkan, Wenger tidak pernah menjulang trofi bersama Arsenal di pentas Eropah dan adalah penting ia menjadi legasi yang dapat ditinggalkan untuk penggantinya.

“Perlawanan saya seterusnya sentiasa perlawanan yang paling penting dan yang ini mempunyai pengaruh terhadap masa depan kelab.

“Ia perlawanan yang amat, amat besar bagi kami kerana masa depan Arsenal sudah pasti tidak sama jika kami layak atau tidak ke Liga Juara-Juara,” kata wenger.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN