Wenger Mahu Arsenal Fokus Dan Tidak Pandang Mudah Pada CSKA Moscow

Pengurus Arsenal, Arsene Wenger tidak mahu Arsenal menerima nasib seperti Barcelona apabila dijadualkan menentang CSKA Moscow, awal pagi esok dalam saingan suku akhir kedua Liga Europa, meskipun memiliki kelebihan menerusi kemenangan 4-1 dalam timbal balik pertama, minggu lepas.

“Bola sepak merupakan permainan yang sukar diramal dan sebab itu kita sangat menyukai sukan tersebut.

“Sekarang kami hanya perlu memberikan tumpuan sepenuhnya kepada pertemuan itu dan mempamerkan aksi terbaik kami di atas padang bagi mengekalkan keputusan,” kata Wenger kepada pemberita di Moscow selepas menyaksikan Barcelona tersingkir daripada Liga Juara-Juara menerusi keputusan sama pada timbal balik pertama.

Gunners kini menghuni kedudukan keenam dalam carta Liga Perdana Inggeris, keciciran 13 mata di belakang pasukan yang berada di tempat keempat, Tottenham Hotspur.

Hanya empat pasukan terbaik dalam Liga Perdana yang akan melayakkan diri ke Liga Juara-Juata. Ini bermakna satu-satunya laluan Arsenal untuk kembali ke kancah pertandingan berprestij itu ialah dengan menjuarai Liga Europa.

Trofi tersebut juga merupakan satu-satunya piala yang mampu dijulang Gunners, musim ini.

“Liga Europa merupakan sasaran utama kami, musim ini, berikutan saingan dalam liga domestik tidak berjalan dengan lancar.

“CSKA sangat kuat di bahagian tengah. Mungkin bahagian tengah terkuat dalam Liga Rusia. (Alan) Dzagoev dan (Alexander) Golovin telah membuktikan kualiti mereka dalam perlawanan di London.

“Kami kini berada di peringkat lapan akhir dan masih perlu mempamerkan permainan terbaik kami untuk layak ke separuh akhir,” kata Wenger yang menyedari bahawa peluang CSKA tidak boleh diketepikan sama sekali.

Wenger telah bergelar pengurus Arsenal sejak 1996, tetapi dia masih belum pernah memenangi trofi Eropah bersama kelab itu, setelah mereka tumpas menerusi sepakan penalti pada perlawanan akhir Piala UEFA 2000 dan tewas di tangan Barcelona dalam final Liga Juara-Juara 2006.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN