Wenger Dakwa Kritikan Terhadapnya Adalah Diskriminasi Usia

Arsene Wenger mendakwa sebahagian besar kritikan terhadap beliau sebagai pengurus Arsenal adalah merupakan diskriminasi usia.

Pengurus berusia 68 tahun itu didesak untuk meletak jawatan oleh segelintir penyokong setelah gagal membawa Arsenal layak ke pertandingan UEFA Champions League (UCL) pada musim lalu.

Kali terakhir Wenger berjaya membawa Arsenal bergelar juara Liga Perdana Inggeris (EPL) juga ialah 14 tahun yang lalu.

Namun demikian Wenger berpendapat prestasi di atas padang bukan satu-satunya bentuk kritikan yang dilemparkan kepada dirinya.

Bercakap kepada BeIN Sport, Wenger berkata:

“Apabila umur semakin meningkat, fokus anda ialah untuk memberikan yang terbaik kepada kelab dan tidak ambil peduli akan hal lain. Semakin usia anda meningkat, semakin usia anda menjadi bahan diskriminasi.”

“Saya terima jika keputusan di atas padang adalah tidak bagus dan anda bercakap mengenai akibatnya. Tetapi apa yang difikirkan kebanyakkan orang ialah berapa lama anda sudah berada di kelab ini. Berapakah usia anda. Itu sukar untuk saya terima.”

“Perkara lain saya harus terima kerana saya menjawat jawatan yang sentiasa diikuti oleh ramai orang. Saya juga menerima bahawa saya akan dinilai berdasarkan prestasi pasukan.”

Sejak menyertai Arsenal, Wenger telah membantu kelab London itu untuk menjuarai 3 kejuaraan EPL dan 7 kejuaraan Piala FA sepanjang tempoh 22 tahun.

(Photo by Stuart MacFarlane/Arsenal FC via Getty Images)

Wenger turut percaya apabila tiba masanya untuk beliau meninggalkan Emirates, penyokong akan sentiasa mengenang kembali kejayaan yang pernah dibawa oleh beliau untuk kelab itu.

“Saya mungkin naif untuk mempercayai perspektif dan konteks bahawa apa yang pernah saya lakukan untuk kelab yang akan dikenang di kemudian hari.

“Tidak wajar hanya kerana beberapa keputusan buruk eberapa perlawanan ianya akan terus menjadi penentu keseluruhan sumbangan saya.”

(Photo by Gareth Fuller/PA Images via Getty Images)

“Saya agak bosan dengan beberapa aspek moden bola sepak seperti keperluan menjaga imej. Apa yang saya tahu sepanjang bergelar pengurus ialah bekerja dengan idea siapa diri saya sebenarnya.”

“Oleh kerana itu, saya tidak mahu pedulikan kritikan yang tidak berkenaan,” jelas Wenger lagi.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN