Wenger Tidak Tolak Cadangan European Super League Akan Direalisasikan Pada Masa Hadapan

Adakah kita akan melihat satu lagi perubahan drastik dalam dunia bola sepak terutamanya di Eropah satu masa nanti?

Pengurus Arsenal, Arsene Wenger tidak menolak kemungkinan European Super League bakal diadakan tidak lama lagi.

Bagi yang kurang jelas, European Super League merupakan sebuah idea untuk mewujudkan kejohanan antara kelab-kelab elit di Eropah.

Jika wujudnya kejohanan ini, ia akan menutup peluang untuk pasukan-pasukan dari liga kerdil Eropah untuk menyertainya.

Tambah Wenger, potensi untuk kejohanan ini untuk berlaku adalah tinggi dan jika ianya diadakan pada hujung minggu bukanlah satu kejutan.

“Dalam masa beberapa tahun akan datang, kita akan saksikan kejohanan kelab Eropah dimainkan pada hujung minggu.”

“Perkara ini sukar untuk dielakkan kerana wang yang bakal dikongsi oleh kelab besar dan kecil akan menjadi masalah.”

Wenger berkata demikian kerana perlawanan melibatkan kelab kecil tidak akan menarik banyak perhatian terutamanya dari pihak media.

“Jika 2 kelab kerdil bermain sesama sendiri, tiada yang akan menontonnya.”

“Penonton nak tengok kualiti, jadi wang itu harus dikongsi sesama kelab besar dan kerdil. Masalahnya, kelab besar tidak mahu berkongsi wang itu dengan kelab kerdil.”

Dalam masa yang sama, Wenger juga berkata aksi liga domestik juga mungkin akan dialih kepada pertengahan minggu.

Hal ini kerana, pastinya UEFA mahu menjana wang sebanyak boleh dengan mengadakan aksi kejohanan Eropah pada hujung minggu.

UEFA semestinya mahu menyamai capaian wang yang berjaya diperoleh Premier League ketika ini.

“Lihat saja tahap penonton di kejohanan Eropah. Ia kontra dengan prestij kejohanan kerana ianya tidak begitu baik.”

“Tetapi jika perlawanan Barcelona menentang Real Madrid atau Bayern Munich menentang Manchester United diadakan pada hujung minggu pastinya akan menarik lebih ramai penonton.”

Liga Juara-Juara Eropah

Apa pandangan anda, patutkan aksi Eropah diubah slotnya kepada hujung minggu? Nyatakan pendapat di ruangan komen.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN