Wenger Beri Bayangan Kemungkinan Akan Sertai PSG

Arsene Wenger yang meninggalkan Arsenal minggu lepas menolak prospek untuk mengendalikan mana-mana kelab Liga Perdana Inggeris selepas 22 tahun mengendalikan skuad The Gunners itu.

Pengurus dari Perancis berusia 68 tahun itu menggambarkan tempohnya di Arsenal sebagai satu pengalaman yang mendewasakan selain mengimbau kembali kegembiraannya terhadap England dan budaya bola sepaknya.

Namun begitu, Wenger masih belum puas dan dilihat mahu mencari cabaran baharu di tempat lain dalam bidang yang dicintainya.

Menurut laporan daripada Mirror UK, beliau memberi bayangan kemungkinan meninggalkan karier sebagai jurulatih mahupun pengurus pasukan, sebaliknyabakal menjadi Pengarah Urusan di Paris Saint-Germain (PSG).

Wenger juga merupakan kawan rapat kepada Presiden PSG, Nasser Al-Khelaifi. Al-Khelaifi adalah individu yang sering memujuk Wenger untuk datang ke Paris bertahun-tahun lalu, namun pengurus kelahiran Perancis itu setia sehingga 22 tahun bersama Arsenal.

Nasser AL Khelaifi merupakan kawan lama kepada Arsene Wenger.

Wenger juga akui terkejut apabila menerima banyak tawaran daripada kelab lain sejak mengumumkan akan keluar daripada Arsenal baru-baru ini.

Walaubagaimanapun beliau berada dalam dilema sama ada ingin meneruskan karier sebagai pengurus atau jurulatih pasukan selain beralih arah terhadap kerjaya yang berbeza dan akan membuat keputusan pada hari pertama kejohanan Piala Dunia berlangsung.

https://twitter.com/Arsenal__Live/status/997889638869209090

“Saya akan memberi ruang kepada diri sendiri sehingga 14 Jun depan iaitu pada hari pertama Piala Dunia bermula untuk membuat apa-apa keputusan.

“Persoalannya adalah apakah saya masih mahu menjadi jurulatih, berada di bangku simpanan atau ini merupakan masa sesuai untuk mencuba angin baharu?

“Satu perkara yang saya sangat pasti ialah saya akan terus bekerja. Saya mahu pertahankan idea-idea dan falsafah bola sepak saya, itu sudah pasti,” kata Wenger.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN