Arsene Wenger berpendapat, aksi teruk separuh masa pertama adalah punca utama kekalahan mereka.
Liverpool menghidupkan harapan untuk kekal di 4 teratas dengan kemenangan berharga ke atas Arsenal.
Skuad Jurgen Klopp kini melebarkan rekod tanpa kalah ke atas pasukan 6 teratas kepada 9 perlawanan.
Mereka tewas kepada 2 pasukan yang berada di 3 terbawah sebelum ini.
Liverpool membuka tirai jaringan menerusi Roberto Firmino seawal mini ke-9. Sadio Mane menambah gol sebelum rehat.
Arsenal menghidupkan persaingan menerusi gol Danny Welbeck. Namun mereka gagal mendapat gol kedua yang dicari.
Akhirnya, Wijnaldum membunuh perlawanan dengan gol ketiga pada masa kecederaan menerusi satu serangan balas tajam.
Arsene Wenger berpendapat, Arsenal gagal bermain dengan baik pada 45 minit pertama. Liverpool mengawal perlawanan dengan sebaiknya.
Wenger berkata:
“Persembahan kami di separuh masa pertama tidak seperti yang kami harapkan. Ia menghampakan dan kurang rentak. Kami tidak ‘bermain’ untuk beberapa ketika.”
“Respon secara kolektif kami di separuh masa kedua sangat kuat.”
Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp pula berpendapat Simon Mignolet layak mendapat kredit lebih banyak. Klopp berkata:
“Kami tahu Arsenal akan bangkit pada separuh masa kedua. Alexis Sanchez adalah pemain yang berkualiti tinggi dan bermain berbeza sekali bersama Welbeck.’
“Namun, Simon Mignolet telah menyelamatkan nyawa kami pada hari ini.”
Perlawanan tamat 3-1, Liverpool naik ke tangga ke-3, dan Arsenal turun ke tangga ke-5.
Liverpool satu-satunya pasukan yang sudah beraksi 27 perlawanan di antara 6 pasukan teratas.
Namun mereka tetap akan merasai berada di 4 teratas pada minggu ini.
Seterusnya
Liverpool akan menentang Burnley pada Ahad depan. Manakala Arsenal akan menanti kunjungan Bayern Munich dalam pertemuan kedua peringkat 16 pasukan.
Kemudian, pada Sabtu, Arsenal akan berhadapan dengan Lincoln dalam saingan Piala FA pusingan ke-6.
Baca juga: Ketumpulan Penyudah Memisahkan Sarawak Dengan 3 Mata, Tewas 2-0 Di Tangan FELDA United