Wenger Akui Risau Kemurungan Selepas Terbiasa Banyak Bekerja

Pengurus legenda Arsenal, Arsene Wenger menyatakan beliau awalnya sangat risau akan keadaan dirinya selepas meninggalkan jawatannya di Arsenal.

Beliau kini berehat daripada pengurusan bola sepak yang beliau ceburi sejak 1984. Wenger menganggap ini adalah tempoh pengangguran paling lama dalam hidupnya.

Wenger yang sudah terbiasa bekerja banyak setiap hari risau bagaimana agaknya keadaan beliau jika rutin itu hilang daripada hidupnya.

Namun Wenger mengakui dia silap dan kini dia melakukan lebih banyak perkara lain bersama keluarga, rakan-rakan dan masyarakat.

“Saya perlu untuk menyelaraskan jadual hidup saya dengan cepat untuk mengisi kekosongan itu.”

“Saya memutuskan untuk tidak membuat keputusan. Saya berjanji untuk tidak membuat sebarang keputusan sebelum bulan September.”

“Namun sebenarnya keadaan saya sekarang ini lebih baik daripada yang saya jangka.”

“Apabila kamu terbiasa sibuk seperti saya, anda akan takut dengan sedikit kekosongan apabila anda berhenti bekerja.”

“Tetapi saya cepat-cepat menguruskan diri saya untuk hidup dalam fasa baru kehidupan saya.”

“Saya bermain banyak sukan, duduk makan bersama rakan-rakan. Saya mulai banyak bercakap juga, saya boleh duduk berjam-jam merenung awan.”

“Setiap hari saya membaca buku, buat masa ini saya sedang membaca buku tulisan Philip Roth berjudul I Married a Communist.”

Ditanya adakah beliau mungkin akan menukar bidang dalam karier selepas ini. Wenger berkata.

“Saya tak akan jadi ahli arkeologi, kerana saya tak tahu sangat tentang komposisi tanah. Begitu juga dengan politik.”

“Perkara yang paling saya suka tentang pengurus bola sepak, kita ada teori, dan pada Sabtu kita akan bentangkan hasil kerja kita. Di mana kita akan mendapat keputusannya dengan segera.”

“Berbeza dengan politik, di antara teori dan bukti serta demonstrasi, ianya mengambil masa agak lama.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN