Martin Keown Yakin Arsene Wenger Akan Kekal Di Emirates

Lagenda Arsenal dan bekas anak didik Arsene Wenger, Martin Keown yakin Arsene Wenger akan kekal di Emirates.

Kontrak semasa Arsene Wenger akan berakhir musim ini, dan beliau masih belum menandatangani kontrak baru.

Arsene Wenger akan kekal & tentukan nasibnya sendiri

Meskipun dihujani kritikan selepas kekalahan di tangan Chelsea, Martin Keown berpendapat pemilik Arsenal masih percayakan Arsene Wenger.

Sejak beberapa musim kebelakangan ini ramai penyokong Arsenal meminta agar Wenger meninggalkan jawatan beliau itu dengan rela hati.

Ini kerana, mereka masih menghormati Arsene Wenger tetapi perlukan pengurus yang lebih cekap dalam pengurusan bola sepak moden.

Menurut Keown:

“Situasinya adalah. Arsene Wenger akan menentukan sendiri sama ada beliau mahu kekal ataupun tidak.”

“Saya yakin kelab pastinya mahukan beliau mencadangkan pengganti beliau. Buat masa ini, nampaknya Arsene Wenger akan kekal.”

“Saya tidak pasti penyokong Arsenal akan menerimanya.”

“Tetapi apa-apa boleh berlaku. Sebelum ini penyokong Manchester United pun pernah kehilangan Sir Alex Ferguson (secara mengejut).”

“Saya yakin dia akan kekal. Tunggu sahaja berita dan pengumuman dari pihak kelab.”

Sebelum itu, Alan Shearer menyatakan, Arsene Wenger telah membuatkan Arsenal yang ada hari ini agak ‘lembut’.

Menurut Shearer:

“Jika Arsene Wenger kekal, DNA bola sepak mereka pada 1997-2005 sudah tidak relevan sejak 10 tahun lalu.”

Alan Shearer dan Martin Keown masing-masing bersetuju dengan kenyataan bahawa isu kewangan kelab adalah sebab utama Wenger kekal.

Wenger telah memastikan Arsenal sentiasa bersaing dalam kejohanan yang memberikan ‘wang besar’ UCL sejak 20 tahun beliau di Arsenal.

Wenger tidak pernah gagal membantu Arsenal menamatkan kedudukan liga di 4 teratas.

Baca juga: Analisis Taktikal: Cairnya Taktikal Gamba Osaka Menewaskan JDT!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN