Susulan dari insiden tidak bertamadun yang berlaku di Stadium Shah Alam, pengguna twitter Malaysia memulakan kempen #WeAreSorryVietnam. Berikut merupakan beberapa gambar menarik di #WeAreSorryVietnam.
Dan ini yang berlaku di laman web FAM :
Semasa laman web ini dikawal oleh hackers, tertera mesej dalam bahasa Vietnam yang kami pun tak faham maksudnya.Ini mesejnya :
“Bọn nó Chơi xấu quá ……Tất cả hacker vn đồng loạt ddos vào các trang webmalaysia … Kymljnk sẽ cho cả hệ thống internet malaysia sập 1 ngày ..Dr-ddos tes ( google,yahoo, Twitter , Amazone , Mircosoft ,NTP,…. attack internet Malaysia ) =>>”
Cuma ada satu satu ayat dalam Bahasa Inggeris iaitu : ” bad play fans Malaysia”
Laman web FAM buat masa ini berada dalam mode offline dan ini yang akan anda lihat bila cuba melayari web FAM.
Ini bukanlah kali pertama laman web FAM diserang.Pada tahun 2011 hackers menyerang laman web FAM susulan dari tindakan FAM menaikkan harga tiket untuk perlawanan akhir Piala Malaysia.
Pada tahun 2012 laman web FAM sekali lagi diserang dan dipaparkan video serta carta undian (poll) supaya pengurusan tertinggi FAM meletakkan jawatan.