Wayne Rooney Umum Persaraan Dari Bola Sepak Antarabangsa

Penjaring terbanyak dalam sejarah bola sepak England, Wayne Rooney mengumumkan persaraan beliau daripada pentas bola sepak antarabangsa selepas menolak pelawaan menyertai skuad The Three Lions untuk perlawanan kelayakkan Piala Dunia.

Penyerang Everton itu dipelawa sendiri oleh pengurus England, Gareth Southgate untuk pertembungan dengan Malta dan juga Slovakia pada bulan hadapan.

(Photo credit should read ANTHONY DEVLIN/AFP/Getty Images

“Ia adalah satu penghormatan setiap kali saya terpilih. Namun saya percaya ini adalah masa yang tepat untuk mengundurkan diri,” ujar pemain berusia 31 tahun itu.

Bekas penyerang Manchester United itu tampil sebanyak 119 kali untuk England dan menjaringkan 53 gol di pentas antarabangsa.

Rooney yang terlepas panggilan oleh Southgate untuk perlawanan menentang Scotland dan Sepanyol pada Jun lalu melakukan debut bersama England pada Februari 2003 ketika tewas 3-1 kepada Australia di Upton Park.

(Photo by Marco Luzzani/Getty Images)

Kejohanan antarabangsa pertamanya bersama England ialah pada ketika berusia 18 tahun di Euro 2004.

Pengumuman oleh Rooney ini tiba dua hari selepas beliau menjaringkan gol ke-200 di dalam Luga Perdana Inggeris ketika membantu Everton mengikat Manchester City 1-1 awal minggu ini.

Selepas perlawanan tersebut, Rooney mengatakan beliau hanya memberi fokus kepada Everton dan bukan kepada panggilan untuk menyertai skuad England.

(Photo credit ADRIAN DENNIS/AFP/Getty Images)

“Saya pasti akan berbicara dengan Gareth Southgate beberapa hari akan datang. Kita akan lihat kemudian,” ujar Rooney kepada wartawan.

Southgate dijangka akan menamakan senarai skuadnya pada Khamis untuk kelayakkan Piala Dunia di Malta pada 1 September sebelum perlawanan menentang Slovakia di Wembley 3 hari kemudian.

Kenyataan penuh Wayne Rooney:

Gareth Southgate telah menghubungi saya pada minggu ini, menyatakan niatnya memanggil saya ke skuad England untuk perlawanan yang mendatang. Saya sangat menghargai pelawaan tersebut.

Namun selepas berfikir panjang, saya memberitahu Gareth bahawa saya ingin bersara daripada beraksi bersama England.

Ia adalah keputusan yang sukar dan perkara yang saya bincangkan bersama keluarga, pengurus saya di Everton dan mereka yang rapat dengan saya.

Beraksi untuk England sentiasa istimewa buat saya. Setiap kali terpilih sebagi pemain mahu pun sebagai kapten, ia adalah satu penghormatan. Saya harus beterima kasih kepada semua yang telah membantu saya selama ini.

Namun ini adalah masa yang tepat untuk saya mengundur diri.

Meninggalkan Manchester United juga merupakan keputusan yang sukar. Namun saya telah membuat pilihan yang tepat untuk ke Everton. Sekarang saya mahu memberikan setiap fokus dan kudrat untuk memastikan Everton berjaya.

Saya akan sentiasa menjadi penyokong England. Antara perkara yang saya kesali ialah kerana tidak pernah mencapai kejayaan dalam kejohanan yang saya sertai bersama England.

Semoga pemain-pemain berbakat yang Gareth bawa mampu merealisasikan impian ini. Saya berharap semua pihak untuk terus menyokong pasukan kebangsaan kita.

Satu hari nanti impian ini pasti akan tercapai. Dan saya akan berada di situ sebagai seorang penyokong atau atas apa sahaja kapasiti lain.

Sumber:

1. James Dale, Sky Sports (2017): Wayne Rooney retires from England duty; http://www.skysports.com/football/news/11095/11001765/wayne-rooney-retires-from-england-duty

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN