Wayne Rooney Hampir Pasti Sertai Kelab MLS, DC United

Bekas bintang Manchester United, Wayne Rooney dilaporkan bersetuju secara prinsip untuk menyertai kelab Major League Soccer dari Amerika Syarikat, DC United menurut satu laporan daripada media UK semalam.

Difahamkan perjanjian bernilai STG12.5 juta (RM66.7 juta) sudah dipersetujui dan mungkin menyaksikan pemain berusia 32 tahun itu meninggalkan kelab masa kecilnya hanya 12 bulan selepas kembali dari Manchester United.

Laporan menyatakan Rooney ditawarkan kontrak hingga hujung musim 2020, sekalipun jendela perpindahan MLS tidak dibuka hingga Julai depan.

“Dalam MLS anda sering mendapati pemain bintang akan menamatkan karier mereka di sana,” kata pengurus Manchester United, Jose Mourinho, yang melatih Rooney pada musim terakhirnya di Old Trafford.

“Anda ada (Steven) Gerrard, (Frank) Lampard, (Patrick) Vieira… kini anda ada Zlatan (Ibrahimovic), anda ada Wayne, jadi saya harap dia menikmatinya.

“Sudah tentu dia akan menjadi tumpuan yang diperlukan MLS untuk menarik minat lebih ramai, mencuri peminat dari sukan lain yang lebih diminati rakyat Amerika.” katanya.

DC United ketika ini menghuni tangga tercorot carta Eastern Conference MLS dengan lima mata daripada tujuh perlawanan.

Awal minggu ini, pengurus Everton, Sam Allardyce menyatakan beliau mahu penjaring gol terbanyak England dan Manchester United itu memenuhi tahun terakhir kontraknya musim depan.

“Ada khabar angin mengenai Wayne ke luar negara, China atau Amerika. Ia memerlukan sesuatu yang besar buatnya untuk meninggalkan Everton,” ujar bos Toffees itu

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN