Wayne Bridge Dedah Betapa Toksiknya Roberto Mancini Di Man City

Roberto Mancini

Penulis yakin, ramai diantara pembaca semua gemarkan cerita di belakang tabir melibatkan sesebuah pasukan bola sepak bukan?

Jadi, kami ada satu untuk anda.

Wayne Bridge mungkin bukanlah nama yang hebat dalam bola sepak melainkan isu beliau bersama John Terry satu ketika dahulu.

Walaupun begitu, kariernya berkisarkan lebih daripada itu.

Baru-baru ini, Bridge mendedahkan yang betapa seksanya hidup beliau ketika di Manchester City ketika era Roberto Mancini.

Pada beliau, pengurus berbangsa Itali itu adalah seorang yang sangat toksik kepada pasukan.

“Satu ketika, saya menghadapi kecederaan dan doktor menasihatkan saya untuk berehat berbanding melakukan pembedahan.”

“Namun begitu, Mancini berkata itu perkara kecil sahaja, main sajalah,” kata Bridge menerusi rancangan Tubes & Ange Golf Life.

Pada Bridge, Mancini amat tidak gemarkan pemain yang sering mengalami kecederaan dan beliau bukannya keseorangan.

Jerome Boateng dan Micah Richards juga antara pemain yang menjadi mangsa disebabkan mengalami kecederaan.

Tambah Bridge lagi, beliau dilayan seperti budak-budak oleh Mancini apabila pengurus itu memanggilnya dengan pelbagai nama termasuklah melabel beliau sebagai “budak perempuan”.

“Selepas beliau memanggil saya dengan nama-nama tersebut, beliau memaksa saya untuk bermain. Saya pun mainlah.”

“Dengan rasa sakit, saya gagahkan diri bermain dengan sehingga minit ke-70 kecederaan saya semakin teruk.”

Watch | Facebook

Sejak daripada insiden itu, Bridge memberitahu yang Mancini tidak lagi menyukainya dan mula tidak mengendahkan beliau.

Hubungan antara kedua-dua individu itu semakin meruncing apabila Mancini mula meletakkan Bridge berlatih bersama-sama pemain remaja serta menggelarnya sebagai “tamakkan wang” apabila bermain untuk Manchester City.

Bridge kemudiannya memaksa pemindahan secara pinjaman ke Brigthon & Hove Albion namun itu pun masih lagi dianggap tamak oleh Mancini.

Sedangkan, Bridge ke sana dengan mendapatkan gajinya lebih rendah daripada di Manchester City.

Baca juga artikel kami mengenai Roberto Mancini:

Roberto Mancini: Belum Terlambat Buat Mario Balotelli Untuk Berubah (semuanyabola.com)

Roberto Mancini: Nicolo Zaniolo Mampu Jadi Pemain Yang ‘Luar Biasa’ (semuanyabola.com)

Kelayakan EURO 2020: Roberto Mancini Tidak Mahu Itali Ulangi Kesilapan Brazil (semuanyabola.com)

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN