Watford Pecat Flores Sekali Lagi

Watford telah memecat Quique Sanchez Flores sekali lagi, kurang 3 bulan beliau kembali menguruskan pasukan Watford.

Dalam kenyataan rasmi mereka, Watford sekali lagi menyatakan mereka terpaksa memecat jurulatih tersebut.

Watford kini sedangn mencari pengurus ketiga mereka walaupun musim baru sahaja memasuki Disember.

Flores dijangka akan digantikan dengan Chris Hughton dalam masa terdekat ini.

Kekalahan 2-1 di tangan Southampton menyebabkan masa depan Flores di Watford hancur sekali lagi.

Pengendali dari Sepanyol itu gagal untuk mengubah nasib Watford sejak kembali semula ke Vicarage Road pada September yang lalu.

Flores hanya menang 1 daripada 10 perlawanan liga sejak beliau menggantikan Javi Gracia, yang dipecat kerana prestasi hambar.

Watford kini hanya 6 mata daripaa zon penyingkiran. Watford dalam kenyataan rasmi berkata:

“Kami dengan dukacita mengesahkan pemergian Quique Sánchez Flores.”

“Quique seorang yang sangat berintergriti dan jelas sekali beliau mahu memberikan impak positif tetapi keputusan ini kami terpaksa ambil kerana mengambil kira keputusan semasa dicatatkan oleh pasukan.”

“Perlantik pengurus baharu akan dilakukan tidak lama lagi. Dengan baki 2/3 musim ini, kami akan memberikan sokongan sebaiknya untuk memastikan bulan-bulan yang akan datang lebih berjaya.”

Chris Hughton merupakan calon pilihan utama ketika ini. Watford juga sudah menemuramah beberapa calon yang lain.

Hughton masih tidak berjawatan selepas dipecat oleh Brighton pada akhir musim lalu.

Hughton menolah tawaran daripada Cardiff pada awal musim ini kerana mahu berehat sebentar.

Mungkin ini masanya paling sesuai untuk Chris Hughton kembali semula ke pejabat pengurus.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN